• Politik Terkini

    Wednesday, August 20, 2014

    BAN Pelik - Kereta Kebal Adnan Terbalik, 2 Anggota Tentera Maut

    Dua anggota tentera maut dan empat lagi cedera ringan selepas kereta perisai Adnan yang dinaiki mereka terbalik di Jalan Sungai Tiram di Batu 19 dekat sini hari ini.

    Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan Supt Fadzil Mohd Ali berkata mereka yang dikenali sebagai ketua kru, Sarjan Mohd Hanif Patahur, 31, dan Prebet Ahmad Feleni Mansor, 23, mati di tempat kejadian.
    Mereka yang cedera ialah pemandu kereta perisai Mohd Faizal Ahmad, 29, Mohd Amaruddin Che Soh, 29, Mohamad Haffez Khairudin, 24, dan Ifaiznor Ismail, 29.

    Insiden berlaku kira-kira pukul 11.15 pagi, ketika kereta perisai yang dinaiki enam anggota tentera itu dan sebuah lagi kereta perisai dalam perjalanan pulang ke Kem Sri Kinabatangan Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) ke 22, katanya ketika dihubungi Bernama.

    Beliau berkata empat anggota yang cedera ringan menerima rawatan di Hospital Duchess of Kent Sandakan dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

    Fadzil berkata siasatan awal polis mendapat kemalangan berlaku selepas kereta perisai yang dipandu Mohd Faizal dalam perjalanan dari Kampung Sungai Tiram ke Kem Sri Kinabatangan.
    Katanya setibanya di tempat kejadian, kereta perisai itu hilang kawalan lalu terbalik.
    Sebelum itu, mereka melakukan rondaan keselamatan di Teluk Labuk.

    Anggota tentera berkenaan dari RAMD ke-12 Kuantan, bertugas selama tiga bulan di Kem Sri Kinabatangan sejak 15 Julai lepas.

    Jenazah kedua-dua mangsa, Mohd Hanif yang berasal dari Johor dan Ahmad Fikri dari Kelantan, akan dihantar pulang ke kampung halaman mereka, esok. (Bernama)


    6 comments:

    1. Semoga dirahmati allah.. Syahid...

      ReplyDelete
    2. macam mana bleh terbalik yea?

      ReplyDelete
    3. kereta kebal ni dah lama sangat diguna, minta P.M. Najib tukar kepada jenis Abraham M1-A2 semasa bajet nanti! utamakan keselamatan!

      ReplyDelete
    4. This comment has been removed by a blog administrator.

      ReplyDelete