• Politik Terkini

    Wednesday, September 17, 2014

    BAN Politik - Sarawak Dapat Royalti Minyak, Tak Jadi Keluar Malaysia Kot ?

    Politik politik malaysia ... Harapkan PR, PR pun duk mabok kuasa. Dengan Pas sesama sendiri taknak dengar kata majlis ulama.. Nak tunjuk hero bagai.. PKR jangan duk cerita... Duk gila kuasa sana sini... Nak harapkan BN... ketuyup ketayap la woiii... Dengan selamba TPM ke PRK pakai kopiah... Apesal majlis tertinggi umno tak pakai kopiah.. Nak ahti rakyat pengkalan kubor kot.. Bila persoal kenapa tak bagi royalti minyak.. Dia punya helah.. Berbelit biji mata... Takper, sabah sarawak akan dapat peruntukan lebih kata pak jib... Sarawak pun dia nak bagi royalti minyak.. Sakan bini-bini sarawak lepas ni... Dulu kini selamanya... Tunggang Langgang Rakyat Sayang...
    Datuk Seri Najib Razak hari ini menyatakan kesediaan kerajaan persekutuan mempertimbangkan permintaan kerajaan negeri Sarawak untuk menambahkan pendapatan hasil minyak di negeri itu.
    Perdana menteri berkata, kerajaan persekutuan bersikap terbuka walaupun kerajaan negeri Kelantan kini masih bergelut bagi menuntut royalti sama di negeri serambi Mekah itu.
    “Saya dengar banyak yang sebut nak tambah pendapatan daripada hasil minyak yang terdapat di negeri Sarawak. Kita bersikap terbuka. Kerajaan pusat bersedia menimbangkan apa yang patut untuk memberi pendapatan yang lebih kepada negeri Sarawak dan Sabah.
    “Perkara ini kita boleh rundingkan. Tak susah. Kerana apa? Kerana kita dalam satu keluarga bersama-sama dalam senang dan susah,” katanya ketika berucap sempena sambutan Hari Malaysia di Miri, Sarawak. 
    Jessica Alba di Sarawak

    Bekas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada Ahad mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kerajaan persekutuan Barisan Nasional (BN) yang tidak memberikan royalti minyak kepada Kelantan.

    Katanya, tindakan kerajaan persekutuan itu jelas satu perbuatan khianat, jahat dan merupakan dosa kepada rakyat di negeri itu.

    "Kenapa tak beri (wang royalti)? (Ini perbuatan) khianat. Jahat. Tak selamat. Berdosa dunia akhirat. Saya tak izin satu sen pun. Saya tak izin sebagai ketua kerajaan. Saya tak izin,” katanya.

    Najib berkata sebagai perdana menteri sewajarnya beliau mendengar pelbagai keluh-kesah rakyat termasuk mereka yang berada di Sabah dan Sarawak.

    Katanya, permintaan kerajaan negeri Sarawak untuk meningkatkan hasil pendapatan negeri melalui hasil minyak akan diberikan perhatian sewajarnya.

    “Dalam keluarga yang besar, memang ada masalah yang berbangkit. Kadang-kadang ada tuntutan dan saya sebagai ketua keluarga tentu sekali saya kena mendengar apa suara dalam keluarga yang besar ini.

    “Kalau ketua menteri Sarawak dan Sabah menyuarakan sesuatu bagi pihak rakyat dalam Malaysia, tanggungjawab saya mesti mendengar dan memberi pertimbangan yang sebaik-baiknya.

    “Sebab itulah dalam perhimpunan malam ini saya hendak nyatakan, kehendak dan suara rakyat Sarawak melalui kerajaan negeri Sarawak melalui BN tetap kita akan beri pertimbangan sebaik-baiknya,” katanya.

    Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada Mei meluluskan usul untuk memohon kerajaan persekutuan menambah bayaran royalti minyak dan gas kepada negeri ini daripada 5% kepada 20%.

    Usul yang dibentang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Semop Abdullah Saidol itu mendapat sokongan sebulat suara daripada 68 anggota dewan yang hadir.

    Ketika membentangkan usul tersebut, Abdullah berkata semakan semula bayaran royalti itu akan membolehkan negeri ini mendapat hasil tambahan untuk disalurkan secara khusus bagi melaksanakan pembangunan luar bandar. (MalaysiaInsider)

    3 comments:

    1. ape kaitan dgn gambar jessica alba? LOL

      ReplyDelete
    2. tengok gmbr jessica alba.. tak jadi nk amik port politik..

      ReplyDelete