• Politik Terkini

    Wednesday, October 1, 2014

    BAN Sadis - Punca Kematian Bayi 3 Bulan Di Tadika Permata Bonda Putrajaya

    Aku cadangkan hukuman MATI kepada pengusaha taska.. Sebab lalai dan menyebabkan kematian seorang bayi.. Dan satu lagi, memberi kerja yang sememangnya sukar dibuat.. Bayangkan 5 orang nak jaga 30 baby.. Gila ke apa.. Nak untung ke nak membantu.. Tapi biasanya kerajaan slowpoke skit bab gini.. Kalau bab politik, ke lubang cacing keparat cari.. Hak tuiii laaa... Dah berapa ramai bayi yang meninggal disebabkan penjaga taska yang lalai.. Apa tindakan ?



    Pukul 7:05 pagi : 

    • Muhamad Zamri Anuar dan Nafisah Ahmad Jauhari telah hantar bayi Nur Imna Khalisa ke Taska Permata Bonda Putrajaya Presint 11


    Pukul 5:45 petang : 

    • Pada mulanya, hanya Nafisah Ahmad Jauhari dan anaknya Muhamad Zikri Rayyan berumur 5 tahun yang masuk ke premis taska Permata Bonda itu untuk mengambil semula bayi Nur Imna Khalisa. Manakala Muhamad Zamri Anuar dans eorang lagi anak prempuannya, Nur Airis Khadijah berumur 4 tahun tunggu di dalam kereta yang mana hanya sekitar 10 meter sahaja daripada taska Permata Bonda Presint 11 Putrajaya itu.
    • Tiba-tiba, Muhamad Zamri Anuar (34 tahun) dan isteri, Nafisah Ahmad Jauhari (32 tahun) melihat bayi Nur Imna Khalisa agak kaku dan kebiruan apabila sampai ke premis taska Taska Permata Bonda Putrajaya Presint 11.
    • Bayi Nur Imna Khalisa dilihat keadaan terlentang di dalam tempat bayi dan terdapat semuat di leher dan dadanya. Pada keseluruhan badan bayi Nur Imna Khalisa ada tanda gigitan semut pada bahagian belakang badan, telinga dan bahagian mata serta hidung berdarah juga belakang berbirat kelihatan berbirat
    • Difahamkan Bayi Nur Imna Khalisa ditinggalkan begitu sahaja tanpa penjagaan dan pemantauan sejak dari pukul 3 petang. Bayi Nur Imna Khalisa tidak minum susu sejak pukul 3 petang lagi
    • Berita Semasa difahamkan bayi Nur Imna Khalisa telah meninggal dunia antara pukul 3 petang – 4 petang
    • Pada ketika ini, kes kematianNur Imna Khalisa meninggal dunia ini masih menunggu keputusan autopsi yang bakal mengambil masa yang agak lama sekitar 8 minggu. Moga dipermudahkan segala urusan. Insyaallah. Amin.


    Informasi mengenai Taska Permata Bonda Putrajaya Presint 11

    • Mempunyai 5 pengasuh
    • Menjaga seramai 33 kanak-kanak (9 bayi dan 6 transit selepas sekolah)
    • Seorang pengasuh telah ambil cuti sakit paha hari kematian Nur Imna Khalisa
    • Taska Permata Bonda terus beroperasi seperti biasa sehingga ke hari ini
    • Ibu bapa terus menghantar anak mereka seperti biasa
    • Pengusaha taska, Puan Noraini Binti Mat dikatakan telah menghilangkan diri pada ketika ini tanpa berjaya dikesan 


    (Sozycili)

    13 comments:

    1. kena anak menteri baru melenting golongan atasan..

      ReplyDelete
    2. hukuman bunuh. setimpal. dikira membunuh juga tu..

      ReplyDelete
    3. Aku nak bukak bisnes taska..tapi syarat CLIENT KENA SERAH REKOD PERUBATAN ANAK2. Mana x nya ..nak tunggu autopsi tunggu dlm lokap..yg last aku ingat sbb ada penyakit baby tu.

      ReplyDelete
      Replies
      1. kalau niat ikhlas.. tuhan akan bantu. kalau niat nk cekau duit je.. mmg bala menanti.. jaga baby ni bukan senang.

        Delete
    4. pengusaha taska tu menghilangkan diri... tau takut sebab buat slh ya? tak guna punya org.. bgs tutup la taska tu mcm ..

      ReplyDelete
    5. INI SALAH KERAJAAN YANG MENJADIKAN KOS HIDUP MAHAL...SUAMI ISTERI KENA KERJA UNTUK SESUAP NASI KELUARGA...ANAK2 KENA HANTAR KAT PENGASUH....INI KE TANGGUNGJAWAB KERAJAAN ...MANA NAJIB...YANG PERABIS DUIT NEGARA....TAK USAHLAH NAJIB KAMU BERUCAP KAT PBB KAMU TAK LAYAK DAN TIADA SAPA NAK DENGAR..

      ReplyDelete
      Replies
      1. diaorg kt ats mane pk semua tu.. yg diaorg tau nk melancong je.. naikkan harga komoditi.. cut subsidi.. atas alasan modenisasi.. atas alasan keuntungan.. golongan yg berpendapatan rendah tertekan.. peniaga tiada cara lain naikkan harga untuk tampung kos.. ditambah lagi dengan peniaga yg cekik darah.. hancur!

        Delete
    6. Innalillahiwainnailaihirajiuun...

      ReplyDelete
    7. Penjaga taska banyak yg tensen gaji ciput kerja dari 7pg sampai 8 mlm. ot buat tapi rmnya xde.Tauke taska kata tak cukup nak bayar gaji lebih sebab upah jaga budak 250-300 rm je nak ambik mahal mak pak budak bising pulak tu suruh jaga elok2.Ada makpak hantar anak dgn. tait tah bila berak.. jadi suruh istri berhenti kerja taska.pengalaman istri kerja taska.

      ReplyDelete
      Replies
      1. semua tu atas penjagaan taska tu sendiri. kalau tak mampu.. jgn bukak taska.. paling utama kerajaan kena buat pemantauan setiap taska penjagaan budak 3 tahun kebawah. pastikn mengikut rule.. cuba kena pada anak ko.. ko hangin ke suka? pikir lah skit...

        Delete
    8. This comment has been removed by a blog administrator.

      ReplyDelete
    9. Elok juga kalau ibu tak bekerja dan jaga anak sendiri dirumah dan beri penuih perhatian dan kasih sayang pada anak2 sendiri. Hidup berkadar dengan gaji suami insyallah anak terdidik dan terpelihara. Tak ada lah pusat jagaan kanak2 yang begini.

      ReplyDelete
      Replies
      1. Masalahnya.. berapa ramai ibu pada hari ni nk hidup secara sederhana.. kawan datang tunjuk beg LV, baju sluar guess.. mula meroyan kat suami.. suami gaji ciput.. terkedu kejap

        Delete