• Politik Terkini

    Tuesday, January 27, 2015

    BAN Hackers - #LizardSquad Ugut Dedah Maklumat Penerbangan Seorang Menteri Kabinet

    Penggodam yang menceroboh laman web Malaysia Airlines (MAS) pagi tadi mengugut untuk mendedahkan maklumat yang dicuri daripada pelayan (server) malaysiaairlines.com ke Internet.

    Kumpulan penggodam yang menggelar diri mereka Lizard Squad itu memuat naik foto di Twitter didakwa memaparkan maklumat penerbangan pengguna MAS termasuk seorang menteri kabinet.

    Foto berkenaan memaparkan maklumat tempahan yang dibuat seorang pengguna, Amy Keh yang berkata, tempahan dibuat pada Oktober lalu untuk ibu dan dua saudara yang akan terbang ke Taiwan, Mac depan.

    "Saya risaukan keselamatan mereka. Sekarang seluruh dunia tahu mereka akan ke Taipei," kata Amy yang dihubungi agensi berita AP hari ini.

    Sementara itu pegawai menteri berkenaan yang dihubungi wartawan Harian Metro memberitahu maklumat destinasi menteri terbabit adalah benar namun tiada pengesahan sama ada beliau menggunakan perkhidmatan MAS atau syarikat penerbangan lain.

    “Saya sahkan beliau ke Kota Bharu untuk beberapa mesyuarat penyelarasan pasca banjir,” katanya yang enggan memberi komen lanjut mengenai isu godam berkenaan.

    Lizard Squad turut mendakwa bertanggungjawab ke atas serangan terhadap rangkaian Sony PlayStation dan laman Microsoft Xbox tahun lalu.


    (biaqpila)

    4 comments:

    1. ugut2 nk duit letuuu

      ReplyDelete
    2. bila dia nk dedah. aku nk tau jugak.. sape yg naik

      ReplyDelete
    3. This comment has been removed by a blog administrator.

      ReplyDelete