BAN Hiburan - Selebriti #Korea Yang Cantik Tanpa Pembedahan Plastik

Tahukah anda bahawa majoriti kecantikan yang anda lihat di dalam rancangan Korea rata-rata telah melalui proses pembedahan wajah demi mendapatkan rupa yang ideal dan komersial. Sememangnya menjadi kebiasaan di Korea, dinasihatkan anda janga mudah tertumpu pada kecantikan luaran. Nanti jika sudah kahwin, bila keluar anak, muka asal juga yang keluar.

Song Hye Gyo terkenal melalui drama siri Full House. Dikurniakan dengan kecantikan tanpa pembedahan, Song Hye Gyo tersenarai di dalam 16 nama artis tercantik – seluruh dunia.
Jang Nara merupakan penyanyi Korea yang cukup popular dan terserlah lagi dengan kecantikan asli miliknya.
Kim Tae He
Lee Young Ae
Ini memang comel. Moon yang telah membintangi siri televisyen Autumn in My Heart menyaksikan wajah manisnya sama sekali tidak berubah membuktikan dia tidak melakukan pembedahan untuk kelihatan cantik.
Park Shin Hye hadir dengan wajah flawless tanpa pembedahan dan mampu membuatkan rusuk kiri suami anda bergetar, awas!
Bagi peminat Running Man, wajah comel ini merupakan penyeri di dalam rancangan yang mendapat sambutan tersebut. Lebih-lebih lagi, Song Ji Hyo dikatakan turut berpacaran dengan Kang Gary. Siapa peminat selebriti berwajah iras Nora Danish ini, sila angkat tangan.

(vitdaily)

Post a Comment

4 Comments