BAN Politik - Siapa Pengganti Anwar Ibrahim Bagi Kerusi Permatang Pauh ?

Hukuman penjara lima tahun atas Datuk Seri Anwar Ibrahim dikekalkan Mahkamah Persekutuan hari ini, menamatkan kerjayaya sebagai ketua pembangkang dan ahli Parlimen Permatang Pauh.

Mahkamah mengenepikan permohonan pihak pembela yang meminta hukuman lebih ringan dari yang dijatuhkan Mahkamah Rayuan sebelum ini dan pada masa sama menolak permohonan pihak pendakwa yang mahu hukuman ditingkatkan.

Terdahulu, sebelum hukuman dijatuhkan, Anwar menyerang panel lima hakim yang mensabitkan beliau bersalah hari ini, menuduh mereka "tunduk kepada tuan politik dan menjadi rakan jenayah dalam pembunuhan sistem kehakiman."

Anwar memberitahu panel diketua Ketua Hakim Tun Arifin Zakaria yang kenyataan lengkap dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri beberapa minit selepas penghakiman disampaikan.

"Dalam menunduk kepada tuan politik, mereka memalukan diri sendiri dan menjadi rakan jenayah dalam pembunuhan sistem kehakiman," katanya sebelum Arifin meminta ketua peguam bela Datuk Gopal Sri Ram menyuruh Anwar berhenti.


(bloglist)

Post a Comment

4 Comments

  1. mesti umno ingat lepas ni mereka akan menang besar.

    ReplyDelete
  2. mane penyokong PAS. kenape takde penyokong kat situ. kehkehkeh

    ReplyDelete
  3. Tidak dinafikan PKR akan terus mengekalkan kemenangan di Permatang Pauh. Takde makna BN menang di Permatang Pauh, Penang masih diterajui pakatan.

    ReplyDelete