• Politik Terkini

    Tuesday, February 17, 2015

    BAN Sadis - Bini Ganas ! Hancur Audi R8 V8

    Akibat terlalu marahkan suami yang curang, seorang isteri membalas dendam dengan cara yang paling menyakitkan hati suaminya, iaitu dengan `menghancurkan’ kereta merah Audi R8 V8 milik lelaki itu.

    Gambar kereta berkenaan yang dipecahkan dan dirosakkan telah tersebar di media sosial. Tidak diketahui di mana gambar ini dirakamkan.

    Wanita itu turut mencalarkan kereta itu dengan tulisan maki dan sumpah seranah ‘f*** you’ di belakang kereta berkenaan sebelum memotong tempat duduk kulit kenderaan berkenaan.

    Beberapa alatan termasuk stereo dan kabel di dalam kereta itu turut hilang.

    Untuk membaiki semula kenderaan itu, pasti menelan belanja yang tinggi, justeru ramai yang menyarankan supaya lelaki berkenaan membeli sahaja kereta baru.

    Tapi itulah harga yang perlu dibayar kerana berlaku curang.

    (mynewshub)

    6 comments: