BAN Jenayah - Parasit Gengster Pendatang Asing VS Parasit Gangster Kerajaan

University kat malaysia aku rasa bercambah bertumbuh berdiri tegak semakin banyak.. Tak kiralah kat bangunan macam mana sekalipun, dalam bukit macam mana sekalipun. Graduan graduate berpuluh ribu setiap tahun.. Kat mane mereka akan pergi selepas graduate.. Tu baru graduan, belum lagi budak sekolah, budak tadika... Tapi tetap juga dengan masalah "buruh" yang tak pernah selesai kat malaysia..

Sebab ape, sebab buruh dijadikan ibarat kasta buangan. Ibarat kasim selamat.. Bila bekerja buruh binaan, masyarakat memandang serong.. Tiada percaturan untuk menjadikan buruh sebagai satu pekerjaan profesional.. Generasi muda disogok untuk berjoget berjamba dalam tv.. Sebagai idealisma untuk maju kehadapan manusia gila tonton gelek punggong..

Kenapa tidak pekerja buruh dinaik taraf supaya menjadi satu profesionalisma.. Yang mana menjadi rebutan para graduate.. Dan pihak kerajaan tidak perlu lagi import pendatang asing.. Pastikan setiap kontraktor meletakkan pekerja binaan sebagai satu pekerjaan profesional.. Barulah setiap ciptaan rekaan bangunan di malaysia ni GAH ciptaan dan hasil buatan rakyat malaysia sendiri... Argghhhh, pung pang sekalipun, naik atas duk bengong kepala otak dengan rasis dan politik.. Aku rasa all leadership kat malaysia ni perlu ditukar supaya idea baru dapat diketengah..
Seremban: Sekumpulan lelaki warga Indonesia dipercayai menganggotai kumpulan haram Sakera Madura, antara pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan dalam Ops Bersepadu 6P di sebuah tapak pembinaan premis perniagaan di Senawang, di sini, semalam.
Mereka dipercayai ahli kumpulan haram itu berikutan penemuan senjata sabit dan simbol kumpulan yang tertera pada dinding rumah kongsi di tapak pembinaan itu.
Serbuan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sembilan (JIMNS) yang bermula jam 10.30 pagi itu turut digemparkan dengan kejadian seorang lelaki warga Bangladesh cedera parah di kepala selepas terjatuh dari pagar tapak pembinaan itu ketika cuba melarikan diri.



Lelaki berusia 25 tahun terbabit dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban, di sini, untuk menerima rawatan lanjut.

Ketua Unit Tindakan JIMNS Azly Ashazly Abdul Aziz berkata, hasil pemeriksaan, lelaki terbabit melarikan diri kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan sah.

Menurutnya, serbuan yang dianggotai 52 pegawai dan anggota JIMNS serta Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dijalankan hasil maklumat awam.

“Dalam serbuan itu, seramai 203 PATI ditahan masing-masing 171 lelaki, 30 wanita dan dua bayi berusia sembilan bulan dan 13 bulan.

“Penahanan itu membabitkan warga Indonesia, Bangladesh, Myanmar, Nepal, India dan Kemboja yang berusia antara 23 dan 50 tahun, manakala dua bayi terbabit adalah warga Indonesia,” katanya ketika ditemui di lokasi serbuan, semalam.

Menurutnya, semua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c), Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah.

(Hmetro)

Post a Comment

2 Comments

  1. selama 50tahun duk undi umno. bila nak berubah. pentadbiran sama. otak pemikiran masih ditakuk lama.

    ReplyDelete
  2. rakyat malaysia disogok dgn hutang. bila rakyat berhutang. mereka yg berkuasa then berhutang, then perubahan susah nk dibuat.. so sampai bila2 pun kita akan tetap dgn mereka yg gila kuasa.

    ReplyDelete