BAN Politik - Undian Mahu #NajibRazak #DSAI #HajiHadi #Muhyiddin Berundur ?

Pemimpin ni bagus... bla bla bla... Pemimpin ni hebat.. bla bla bla... Pemimpin ni banyak idea.. bla bla bla.. Tu lah yang duk sembang pagi petang siang malam di kedai kopi.. Kalau politik la... Kalau retis, lain cerita pulak.. Kahwin tak tinggal sebumbung bagai.. Kalau cerita fakir miskin, sedih sembilu.. Tapi berapa kerat pemimpin betul-betul mahukan zero kemiskinan.. Ataupun zero kemiskinan mengikut kategori politik..

Setiap pemimpin ada legasi masing-masing. Ada kebaikan dan ada ketahikan yang diletakkan, dihambur, ditebar kepada rakyat jelata.. Yang tentang, gila2 murih.. Yang sokong, dicium, dipeluk.. Macam mana nak tukar pemimpin kalau bawahan tidak mampu bersuara.. Kata-kata pemimpin tak boleh dusta.. Pemimpin salah, orang bawah tolong backup.. So how nak tukar pemimpin.. Tu tak termasuk pemimpin rasuah agungan ramai lagi..

Masalahnya, pemimpin yang poll ni nak ke letak jawatan dan bagi pada kepimpinan muda. Malaysia sebuah negara yang kaya sumber alam. Akhirnya terpaksa melaksanakan cukai GST. Bagi aku itu adalah satu penghinaan. Satu corak pentadbiran lampau yang tidak memberi impak kepada masyarakat untuk lebih maju tanpa tekanan.

Korang punya undi tentukan segalanya. Poll macam mana sekalipun, gegar sembang kencang macam mana sekalipun. Kalau undian tetap pada calon sama. Takkan ada perubahan. Semua parti la..


Satu daripada dua rakyat Malaysia yang ditanya mengenai kepimpinan masa hadapan mahukan pemimpin veteran daripada Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) untuk berundur dan memberikan laluan kepada golongan muda dalam parti masing-masing.

Dalam satu tinjauan oleh Merdeka Center yang ditaja The Malaysian Insider mendapati, 62.6% daripada 1,008 responden bersetuju Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu berundur dan memberi laluan kepada pemimpin muda menerajui parti.

58.3% pengundi Malaysia juga mahukan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang meletak jawatan diikuti Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak  (49.7%), Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (46.6%) dan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin (42.5%).

"Sentimen umum adalah kesemua mereka harus berundur dan memberikan laluan kepada pemimpin muda. Hanya penyokong tegar yang mahu personaliti ini kekal," kata Pengarah Merdeka Center Ibrahim Suffian kepada The Malaysian Insider.

"Kebanyakan pengundi muda mahu pemimpin lebih muda kerana pemimpin veteran dikaitkan dengan pertelingkahan dan kritikan dalaman tanpa sebarang penyelesaian," katanya yang memberikan contoh perdebatan isu hudud antara PAS dan DAP.

Tinjauan itu juga menunjukkan Anwar yang reputasinya tercalar akibat sabitan dua kes liwat merupakan paling tidak popular di kalangan orang Melayu dengan 71.2% mahukan beliau berundur dibandingkan responden kaum Cina 50.3% dan India 48.1%.

Lim hanya kurang sedikit popular berbanding Anwar di kalangan responden Melayu dengan 68.7% bersetuju beliau patut berundur berbanding 45.4% responden Cina dan 35.3% responden India.

Ibrahim berkata ketika rakyat berasa simpati kepadanya, mereka berasakan pada usia 67 tahun, Anwar patut berundur dan memberi laluan kepada pemimpin muda untuk membawa PKR kepada kejayaan lebih tinggi.

“Anwar seorang tokoh yang menjadi punca pecah-belah kerana selama bertahun-tahun beliau dikritik kerana tindakannya dan diserang di dalam media selama berdekad. Disebabkan itu, ramai orang sama ada menyukainya atau membencinya,” kata Ibrahim.

“Ramai orang yang kenal dan menyokongnya ialah yang terlibat dalam demonstrasi reformasi dahulu.”

Selain itu, ramai pengundi muda pada hari ini tidak begitu mengenali Anwar, terutamanya sumbangan ketua umum PKR itu semasa berada dalam kerajaan dan mungkin tidak mempunyai kesedaran politik, kata Ibrahim.

Sementara Lim merupakan ahli politik yang berkhidmat paling lama di Malaysia. Beliau dipilih menjadi setiausaha organisasi DAP pada 1966 dan menjadi ahli Parlimen buat pertama kali pada 1969.

Kajian itu mendapati ramai rakyat Malaysia mahukan Hadi kekal berbanding Lim dan Anwar kerana ahli Parlimen Marang itu menerima lebih sokongan daripada penyokong BN.

Di kalangan penyokong PR, 52.5%, 51.3% dan 47% masing-masing mahukan Anwar, Hadi dan Lim berundur.

Sementara itu, lebih daripada separuh penyokong BN mahu Najib (56.8%) dan Muhyiddin (59.2%) untuk kekal berkuasa.

"Di dalam BN, kesetiaan kukuh kepada pucuk pimpinan kerana mereka menerima habuan. Sebaliknya, pemimpin PR tidak mampu memberi lebih kepada penyokongnya," kata Ibrahim.

"Tetapi secara keseluruhan, kita dapat melihat pengundi beralih daripada melihat personaliti kepada penyampaian ahli politik: ekonomi dan hubungan lebih baik, memberi harapan dan tidak berasa takut."

Kajian yang dijalankan kepada 1,008 responden di kalangan pengundi itu menggunakan kaedah temu bual telefon yang berlangsung di antara 21 hingga 30 Januari 2015 berdasarkan kaedah sampel rawak berlapis merentasi etnik, jantina, umur dan kawasan Parlimen.

Semua kawasan yang ditinjau dan pemilihan responden dilakukan secara berkadar mengikut populasi

(SozyCili)

Post a Comment

9 Comments

  1. ko ingat senang nk tukar pemimpin. ko ingat pampers ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. semua berundur .. yg bawah 50 je boleh teruskan..

    ReplyDelete
  3. ya memang politician macam pamper.
    perludi tukar bila kotor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. masalahnya ditukang pampers suka bau pampers busuk. macam mane?

      Delete
  4. DIMALAYSIA NAK JADI DUTA AMERIKA KENA RABA PUNGUNG ORANG DULU..IA NYE SEBAGAI MERIT DAN KELAYAKAN MUTLAK.NAK JADI DUTA NAK JADI PEMINPIN DIMALAYSIA PULA MESTI JADI PENYANGAK KEMUDIAN PENYANGAK INI DISOKONG OLEH KUMPULAN PENYANGAK YANG TELAH MENDAPAT HABUAN.PERLANTIKAN PIHAK BERKUASA DIMALAYSIA DILANTIKAN OLEH PEMINPIN PENYANGAK INI .PEGAWAI KERAJAAN YANG BANGSAT OTAK INI DALAM BAB PERLATIKAN INI CUMA DIJADI BONEKA OLEH PEMINPIN PENJENAYAH INI.BERTUJUAAN PERLANTIKAN DAPAT MEMBANTU MELINDUNGI JENAYAH YANG DIBUAT OLEH PEMINPIN PENJENAYAH PENYANGAK INI.PERLATIKAN PIHAK BERKUASA INI DGN BELBAGAI CARA DAN TANPA MEMPEDULIKAN PENGALAMAN DAN KELAYAKAN.OPERANDI UTAMANYE BOLEH MEMUTAR BELITKAN FAKTA KEPADA ORANG AWAM KHAS NYE RAKYAT NEGAR INI.BOLEH JELAS KITA LIHAT KEBANYAKAN YANG DILANTIK HINDU PARIA.GST HINDU PARIA.KSN HINDU PARIA.PEGUAM HINDUN PARIA.PUAK PUAK INI DIAR4AH MEMUTARKAN FAKTA.BANGSA HINDU PARIA GUJERAT INI TAK TAHU MALU.P.RAMLEE DALAM FILEM SENIMAN BUJANG LAPUK PUN ADA MEMBERI FAKTA YANG TEPAT BERKAITAN DENGAN HINDU PARIA INI.PASAL TAHI ANAK PUN SEBUAH RUMAH TAK BOLEH TIDUR DIBUAT NYE.PUAK PUAK INI AMAT SUKA MEMBANGGA KAN DIRI.NAK MENUNJUKAN DIRI SEHINGGAKAN BILA KITA MASUK KEDAI MAMAK PUN DIA BOLEH MASAK DGN BEGITU CEPAT TANPA PEDULIKAN SERTA TIDAK MENGHIRAUKAN BAHAN YANG DIMASAK ITU SUDAH BETUL BETUL MASAK ATAU PUN TIDAK.TAPI YANG MEMAKAN PUN AMAT SUKA DGN GELAGAT INI WALAU PUN ADA PENGETAHUAN BAHAN YANG TAK DIMASAK DGN BETUL AKAN MEMUDARTAKAN DIRI.INILAH REALITY BUAT DUNIA TERKINI.

    ReplyDelete
    Replies
    1. KOMEN KAMU YANG BODOH INI BAGAIKAN ANJING JALANAN MENYALAK KEPADA KUDA LUMBA...

      Delete
    2. apa masalah sebenar ni. ko tulis bleh tak bagi point apa ko nk cakap.

      Delete