• Politik Terkini

    Thursday, March 5, 2015

    BAN Seks - Perogol Bersalah @ Dirogol Bersalah ?

    Aku rasa isu ni bukan isu baru. Isu yang dah berkurun lama. Isu yang membingungkan semua badan kehakiman... Dari dulu sampai ke sekarang.. Bila masuk bab rogol.. Memang susah nk jatuhkan hukum.. Kalau kena hukum pun tak setimpal.. Yang kena rogol terpaksa merana seumur hidup.. Perogol pulak hanya melingkup kejap, lepas tu bleh keluar.. Yang insaf ok la, yang buat bangang balik pun ramai...

    Tapi bila diutarakan hukum hudud, ramai pulak yang menentang.. Padahal hukum hudud memang adil untuk perogol.. Now BBC buat temuramah pulak.. Perogol persalahkan mangsa rogol.. Sebab keluar malam and pakai seksi.. Pakaian seksi mmg tak dinafikan, menaikkan syahwat lelaki.. Yang boleh kontrol nafsu, ok... Yang nafsu seks tahap gila ni.. air naik atas kepala.. Tu yang menjadi penyebab kes rogol.. Sebab tu kena ada undang2 untuk banteras perogol dan mangsa perogol.. Banteras kawal nafsu dengan banteras tatasusila pemakaian.. Nanti timbul pulak geng human right kepala bangang, fashion hak individu..


    NEW DELHI - INDIA. Salah seorang banduan yang disabitkan kesalahan merogol dan bunuh pada 2012 menuduh mangsa rogolnya sebagai punca kejadian tersebut berlaku.

    Melalui satu temuramah dengan BBC, Mukesh Singh memberitahu bahawa wanita yang keluar pada waktu malam patut dipersalahkan jika mereka menarik perhatian perogol.

    "Perempuan patut dipertanggungjawabkan dalam kes rogol," kata Mukesh yang disabitkan kesalahan merogol dan membunuh mangsanya, Jyoti Singh.

    "Apabila dirogol, mangsa tak sepatutnya melawan. Mangsa patut diam dan biarkan (dirogol). Kemudian perogol akan bebaskan mereka.
    "Perempuan yang baik tidak akan berada di luar rumah selepas jam 9 malam. Kerja rumah adalah kerja perempuan, bukan pergi disko dan bar sambil memakai baju tidak sopan," kata Mukesh tanpa sebarang riak penyesalan.

    Muskesh juga memberitahu bahawa hukuman mati akan memburukkan lagi keadaan.

    "Sebelum ada hukuman mati, perogol akan tinggalkan mangsa selepas merogol. Sekarang (ada hukuman mati) perogol akan merogol dan membunuh mangsa rogol mereka," akhiri Mukesh.

    5 comments:

    1. india mmg mcm tu.. pelik pelik.

      ReplyDelete
    2. dahtu.. kira perogol tak bersalah la...

      ReplyDelete
    3. standard pemikiran liberal. so apa tindakan kerajaan india nk buat. garu kepala

      ReplyDelete
    4. Mereka nak salahkan apa yg ada depan mata sedangkan dah terang-terang larangan dan hukum. Kau nak salahkan perempuan pakai seksi depan kau sedangkan kau dah tahu kesalahan mencabul dan merogol. Kenapa kau tak fikir semua tu sebagai ujian dari Tuhan? Adakah Nabi Adam menyalahkan kewujudan pokok khuldi sehingga Baginda dan Hawa terkeluar dari Syurga? Adakah Nabi Adam menyatakan jika pokok khuldi tidak berada di Syurga atau dialihkan dari tempatnya dan terselindung dari penglihatannnya maka mereka berdua tidak akan dipengaruhi Iblis untuk memakan buahnya? Semua itu adalah dugaan dari Allah untuk menguji sejauh mana hambaNya ikhlas menjauhi laranganNya.

      ReplyDelete
      Replies
      1. Sebab tu ada larangan pemakaian wanita dalam islam. Nak jauhi benda macam ni la. Memang la semua benda ujian dari tuhan. Kalau tahu ujian dari tuhan, kenapa tidak menjalankan perintah tuhan dengan betul. Jalankan undang2 yang mengikut perintah tuhan. Ayat ko berbelit. mana satu ko tuju.. Salahkan wanita berpakaian @ salahkan ujian tuhan?

        Delete