BAN Audit - Belanja 116 Juta, Projek Hancur !

Kalau tengok pada web syarikat keindah ni... Banyak jugak projek kerajaan yang dia dapat dan berjaya buat. Mostly projek membabitkan pembinaan bangunan kerajaan. Manager director bagai, ko tengok jela dalam web tu. Setiap kali audit, mesti ada projek yang tidak siap, projek tergendala. Projek itu ini, kerugian jutaan ringgit.

Yang menjadi persoalan, apakah pemakluman tindakan yang telah diambil di maklumkan pada public. Sebab peruntukan kerajaan membabitkan duit cukai rakyat. Tambah lagi sekarang cukai dikutip dari setiap poket penduduk yang membeli di pasaraya. So, setiap projek kerajaan mestilah telus dan tindakan sewajarnya diambil kepada mereka yang buat kerja tidak sempurna.

Aku rasa lepas ni, laporan audit kena laporkan sekali tindakan dari setiap pelaporan audit. Samada bayar ganti atau bagai. Laporan bergambar atau video watever. Yang pasti pelaporan tu kena publish pada umum bukan hanya berbentuk tulisan tangan semata-mata.


Stor senjata terdedah dan bangunan tidak boleh didiami antara masalah yang dialami oleh Kolej Tentera Udara (KTU) di Kepala Batas, Kedah, yang menelan belanja kerajaan sebanyak RM116 juta.

Perkara itu antara kelemahan diketengahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2014.

Laporan itu membangkitkan seperti berikut:
“Pembinaan  beberapa kemudahan bangunan dan prasarana tidak dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan seperti pagar keselamatan bagi stor peluru dan senjata; tiada penghadang antara padang bola dengan kolam renang dan tiada penghadang pada menara abseiling.”
Laporan juga menyebut
“bangunan keselamatan tidak boleh diduduki walaupun telah siap dibina kerana tiada kelengkapan perabot dan keseluruhan sistem komunikasi tidak berfungsi”.
KTU dibina oleh Syarikat Keindah Sdn Bhd.

Ia sepatutnya disiapkan pada November 2012 tetapi tertangguh selama 161 hari.

(malaysiakini)

Post a Comment

5 Comments

  1. Perlu terkejut ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    2. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. hebat betul kompeni ni.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete