• Politik Terkini

    Sunday, May 24, 2015

    BAN Sukan -Masalah TMJ vs Masalah FAM #PialaFA2015

    Tahniah kepada pasukan lionsIX sebab menang piala FA. Kempunan muntah kelantan nak dapatkan kembali piala FA. Akhirnya dibawa ke singapore. Duduk kat situ selama setahun. Yang paling kempunan tahap menggigil, semestinya JDT. Membina team dengan membeli daripada pemain lain dan merasakan team JDT adalah terhebat terbaik terhot. Realitinya, hanya biasa-biasa saja dan tiada beza dengan team lain.

    Ko baca dan nilai sendiri jela apa maksud tersirat tersurat terpendam..

    Tahniah Lions XII. Bukan sahaja telah melayakkan diri untuk perlawanan akhir Piala FA, tetapi disifatkan seperti menentang pasukan terbaik dari Malaysia iaitu Kelantan yang merupakan pasukan terakhir negara yang mara hingga ke peringkat tersebut.

    Perlawanan malam ini bukan sahaja menunjukkan yang mereka melawan pasukan terbaik Malaysia yang mempunyai 4 orang pemain import, tetapi juga melawan pengadil dan juga menentang sistem iaitu FAM.

    Kemenangan pasukan Lions XII ini sepatutnya dijadikan contoh kepada FAM bahawa ianya ketara jelas mutu dan program bola sepak Malaysia masih ke belakang lagi. Perlawanan malam ini boleh dianggap seolah-olah sebuah pasukan Scotland bawah 23 tahun menentang Manchester United atau kelab-kelab besar England.

    Diharap FAM dapat mengambil iktibar daripada perlawanan ini. Walau bagaimanapun Tahniah diucapkan kepada pasukan yang bertanding!

    DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

    4 comments:

    1. Pasukan Lions tiada pemain import.Pasukan yg rata2 budak sekolah.Pasukan yg bermotivasi tinggi demi bolasepak.Pasukan yg di tempat sendiri dipandang rendah kerana kurang sokongan pemerintah.Pasukan kecil2 cili api.Pasukan yg pertama berjaya menewaskan pasukan lawan yg bertaraf profesional.Moral ceritanya....belakang parang kalau di asah lama2 tajam juga.

      ReplyDelete
    2. ye betol...aku saksikan sendiri bagaimana kelate dimalukan. penyokong hampir 100ribu dalam dn luar stadium dihalau oleh x sampai 3 ribu penyokong singapore lepas penalti...ramai2 penyokong kelantan keluar stadium sambil disorak oleh penyokong singapore.malu besar...kafa kena buang gilmar carillo mckain...juta juta labor pitih hya utk kami dimalukan. dtg jauh 400kilimeter, tido merata, duit habis, badan letih....utk lihat kelantan kalah padahal kita mampu menang...

      ReplyDelete
    3. Main pemain tempatan dah laa buat apa ambik pemain import buang duit buang segala pemain tempatan ada intergriti main dgn semangat bukan utk DUIT....
      Masalahnya management tak percaya dgn kemampuan pemain tempatan yg lebih dari moral dan semangat.....bodoh piang

      ReplyDelete