Dizalimi Anak. Harap Tiada Berlaku Kat Malaysia

Biasa kat malaysia kita selalu dengar isu penderaan kanak2. Ibu dera anak, bapa dera anak. Kes kurung ni pun ada tapi takde sekerap kes penderaan bayi dan kanak2. Sivik atau tekanan hidup, dua isu yang sentiasa membelenggu setiap manusia. Tak kira ko sekaya mana, tak kira ko semiskin mana.

Take this sebagai satu peringatan buat kita semua. Korang dan aku sendiri akan tua. Harap masa tua dapat dihabiskan dengan penuh keriangan bersama anak cucu dan tidak menjadi bahan ejekan bualan media.


Hunan (China): Seorang warga emas berusia 90 tahun dikurung dan dibiarkan supaya mati kebuluran oleh anak-anaknya sendiri.

Bagaimanapun, Xiaoming Tsui yang dikurung di dalam bilik tidurnya berjaya hidup dengan minuman dan bubur yang dicampakkan oleh jirannya ketika anaknya tiada di rumah.

“Tolong, beri saya makanan,” adalah perkataan pertama yang diucapkannya ketika polis berjaya memecah masuk ke rumah mangsa minggu lalu selepas kisah wanita itu disiarkan di Internet.

Anak perempuan dan lelaki Xiaoming kini menghadapi tuduhan cubaan membunuh selepas polis menuduh mereka bersikap kejam dan merancang membunuh seseorang kerana merasa susah dan tidak mahu menanggung beban,

Menurut jurucakap polis, sejak wanita itu sakit dan bagi mengelak untuk menjaganya, anak-anaknya cuba membunuhnya dengan membiarkan dia kebulur di dalam bilik yang berkunci.


“Mereka tidak memberinya makan supaya dia tidak perlu ke tandas. Mereka juga tidak membenarkan sesiapa melawat mangsa,” kata polis.

Penduduk di Kampung Yangjuan yang menyedari Xiaoming tidak diberi makan berjaya menghulurkan bubur dan air melalui tingkap biliknya.

Seorang daripada mereka memuat naikkan gambar mangsa dalam keadaan yang menyedihkan di Internet hingga membolehkan nasibnya diketahui pihak berkuasa.

“Wanita itu dikatakan berbalah dengan anaknya beberapa kali sebelum ini. Dia dianggap membebankan mereka. Kerana itu mereka mengambil keputusan untuk membiarkannya kebulur hingga mati.

“Mereka kemudian merancang untuk memberitahu polis mangsa mati kerana enggan makan.

“Ini bukan saja pertelingkahan antara keluarga tetapi pembunuhan yang dirancang. Mereka mahu wanita itu mati supaya tidak perlu bersusah payah menjaganya,” kata jurucakap polis.

(Hmetro)

Post a Comment

1 Comments