Rasuah 65Juta Pegawai Kanan MARA ?

Seorang ahli politik dan pegawai kanan Majlis Amanah Rakyat (MARA) dipercayai terlibat dengan rasuah berhubung pembelian hartanah di Melbourne Australia bernilai USD22.5 juta (RM65 juta).

Dakwaan itu dibuat oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad berdasarkan laporan media Australia dan media tempatan.

  1. Wujud dakwaan bahawa nilai hartanah yang dibeli di Dudley International House oleh MARA telah dinaikkan sebanyak USD4.75 juta (RM13 juta).
  2. Menurutnya, jumlah tersebut sengaja dinaikkan dengan tujuan sebagai balasan terhadap pembelian hartanah itu.
  3. “Wang tersebut dijanjikan sebagai yuran pengenalan dan perundingan kepada sebuah syarikat dorman di Singapura.

“Sekiranya tuduhan-tuduhan ini benar, adalah amat mengecewakan memandangkan ia melibatkan bukan sahaja wang rakyat malah reputasi MARA, sebuah institusi penting bagi masyarakat Bumiputera selama ini,”

"Jika tuduhan tersebut tidak benar, individu terbabit boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menuduh sebagai langkah mempertahankan nama baik mereka."




(FMT)

Post a Comment

5 Comments

  1. sape pegawai kanan MARA tu. MARA pusat ker

    ReplyDelete
  2. bagi kt aku sejuta dh ckup.

    ReplyDelete
  3. Siapa Pegawai mara tu? Mungkin pegawai syarikat Mara Inc kot...sebelum ini ...pengerusi mara adalah idris jusoh. Apa guna pegawai sprm yg duduk kat bangunan mara tu....mungkin tangkap yg kecil kecil je kot...

    ReplyDelete
  4. Malaysia sekarang diperintah oleh penyamun. Satu untuk kau, satu untuk aku............Tak lama lagi tanah kubur pun kena beli / diswatakan..... Macam kaum Tionghua sekarang ni.....Walau apa pun Malaysia masih aman.....Duit kita masih murah berbanding dengan negara2 jiran. Tak gitu?????

    ReplyDelete
    Replies
    1. rakyat malaysia byk sgt makan makanan segera, tu jadi taat terlampau setia. tak berani menentang.

      Delete