Kejatuhan Ringgit Berpunca Dari 1MDB

Kejatuhan ringgit. Agak lama jugak ringgit duk floating above 4.0 dan tiada petanda baik untuk ringgit kembali kukuh. Bagi mereka yang buat import mmg akan terasa beban kejatuhan ringgit. Mungkin dengan cara menukar matawang lain untuk urusniaga satu jalan baik, tapi tak semua transaksi boleh ditukar kepada matawang lain dengan mudah. Kalau beli kat ebay okeyla, ko boleh prefer bayar dgn matawang lain thru paypal. Tapi tu pun tak semua barang.

Now zeti pulak menyatakan perlu selesaikan isu 1mdb untuk perlihatkan ringgit kembali mengukuh. Dengan propaganda pelbagai berkenaan isu 1mdb. Aku tak nampak jalan 1mdb ni akan selesai balik. Jika kerajaan campur tangan dengan cara memberi pinjaman bagai, tu pun aku rasa takkan selesai malah akan menambah beban kerajaan lagi.

Mungkin kita perlukan Perdana Menteri baru yang lebih tegas dan telus dalam menyelesaikan isu 1mdb. Bukannya demostrasi merah yang menunjukkan "Maruah Murah Melayu". Terpekik terlolong dengan motif taraf pemikiran taska.



Post a Comment

1 Comments