Segala subsidi rakyat telah dipotong dan semua harga akan meningkat. Secara tak langsung akan berlaku tekanan supaya GAJI dinaikkan. Persoalannya adakah syarikat kecil mampu menyelaraskan kenaikan GAJI sejajar dengan kenaikan harga dan keuntungan syarikat mereka. Bila disebut kerajaan mendapat untung besar dalam GST, rakyat akan menunggu apakah kemajuan ataupun perubahan yang akan dilakukan. Adakah dengan melaungkan slogan "Harga Dinaikkan, Rakyat Didahulukan".
Jabatan Kastam Diraja Malaysia mencatatkan (GST) lebih RM30 bilion setakat hari ini sejak pelaksanaannya pada April lepas. Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan/Pematuhan) Datuk Matrang Suhaili berkata ia merupakan kutipan daripada lebih 400,000 syarikat berdaftar dengan sistem tersebut. Beliau berkata nilai kutipan itu melebihi angka yang disasarkan.
Beliau bagaimanapun enggan mengatakan sasaran berkenaan dan menjangkakan ia akan bertambah pada tahun depan. "Setakat ini kami (JKDM) belum diberikan sasaran (untuk kutipan tahun depan)," katanya.
(Sozychili)
3 Comments
mama jugak yg sedap
ReplyDeleteFiraun pun dulu ada perancangan. Tapi gagal juga.
ReplyDeleteIkhlaskan perjuangan menentang kezaliman. Jangan jemu.
sokong
Delete