Kutipan GST Melebihi 30Billion. Malaysia Kaya!

Satu petanda baik, PRU14 tak lama lagi akan ada taburan wang kertas ke setiap daerah pelusuk kampung. Rakyat marhaen yang pendirian atas pagar kejap kutuk najib, kejap sokong PAS, kejap sokong PKR, kejap sokong DAP. Mungkin bergelak sendawa dapat hasil duit undi PRU14. Tunggu dan gembira.

Segala subsidi rakyat telah dipotong dan semua harga akan meningkat. Secara tak langsung akan berlaku tekanan supaya GAJI dinaikkan. Persoalannya adakah syarikat kecil mampu menyelaraskan kenaikan GAJI sejajar dengan kenaikan harga dan keuntungan syarikat mereka. Bila disebut kerajaan mendapat untung besar dalam GST, rakyat akan menunggu apakah kemajuan ataupun perubahan yang akan dilakukan. Adakah dengan melaungkan slogan "Harga Dinaikkan, Rakyat Didahulukan".
Jabatan Kastam Diraja Malaysia mencatatkan (GST) lebih RM30 bilion setakat hari ini sejak pelaksanaannya pada April lepas. Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan/Pematuhan) Datuk Matrang Suhaili berkata ia merupakan kutipan daripada lebih 400,000 syarikat berdaftar dengan sistem tersebut. Beliau berkata nilai kutipan itu melebihi angka yang disasarkan.
Beliau bagaimanapun enggan mengatakan sasaran berkenaan dan menjangkakan ia akan bertambah pada tahun depan. "Setakat ini kami (JKDM) belum diberikan sasaran (untuk kutipan tahun depan)," katanya.


(Sozychili)

Post a Comment

3 Comments

  1. mama jugak yg sedap

    ReplyDelete
  2. Firaun pun dulu ada perancangan. Tapi gagal juga.

    Ikhlaskan perjuangan menentang kezaliman. Jangan jemu.

    ReplyDelete