• Politik Terkini

    Wednesday, December 16, 2015

    Pakatan Negara Islam Termasuk Malaysia

    Mesir, Qatar, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Turki, Malaysia, Pakistan dan negara-negara Teluk dan Afrika membentuk satu pakatan tentera yang dipanggil Pakatan Negara Islam. Dengan menggunakan alasan memerangi IS serta militan lain. Persoalannya adakah nasib rakyat syria, iraq dan palestin akan terbela. Dikatakan juga akan ada satu penyelarasan antarabangsa untuk memerangi keganasan IS di Syria dan Iraq. Kadang aku pelik, dari mana IS mendapat senjata yang begitu banyak. Siapakah yang menjalankan urusan jual beli senjata dengan pihak IS. Sedangkan russia yang mempunyai kelengkapan tentera canggih sehingga hari ini masih gagal menangkap ketua IS.

    Iran dikatakan tidak bersama dengan pakatan negara islam yang diketuai oleh Arab Saudi yang berpengkalan di riyadh. Kenapa Indonesia tidak bersama Pakatan Negara Islam. Dan yang paling aku pelik lagi Yemen dan Mesir juga bersama dalam Pakatan Negara Islam tersebut. Bukan ke mesir negara yang tidak patut diiktiraf. Entahlah.... #WW3


    (Utusan)

    2 comments:

    1. apa beza pakatan negara islam dengan islamic state. Makin bercelaru dunia sekarang.

      ReplyDelete
    2. Malaysia saja cari nahas. Kata negara berkecuali. last2 join dgn mesir. WTF

      ReplyDelete