Azmin Ali Berang Tindakan Guan Eng !


PKR membantah keputusan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang menamatkan khidmat dua Adunnya di negeri itu dalam syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) gara-gara berkecuali dalam usul dibawa Adun BN pada sidang Dun, tahun lalu.

Memetik laporan portal Free Malaysia Today, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku dan pihaknya akan mempertahankan tindakan kedua Adunnya itu.
“Biro Politik PKR buat keputusan, kita membantah sebarang tindakan terhadap Adun dan kita akan mempertahankan mereka yang menggunakan Dun untuk memberikan pandangan dan maklum balas.
“Mereka bukan buat fitnah tetapi sebagai Adun mereka memberikan maklum balas dan pandangan. Perkara ini perlu diraikan dan tidak perlu diambil tindakan,” katanya.
Semalam, Guan Eng dilaporkan menamatkan khidmat dua Adun PKR, Ong Chin Wen dan Cheah Kah Peng dari GLC negeri itu gara-gara beliau sudah tidak mempunyai keyakinan keduanya dapat berfungsi secara profesional dan berkesan susulan kes di sidang Dun Pulau Pinang, tahun lalu.

Sehubungan itu, Azmin berkata, PKR akan mengutus surat kepada Kerajaan Pulau Pinang bagi memaklumkan pendirian parti itu dalam isu ini.
“(Parti) Ada buat ketetapan untuk hantar surat kepada Kerajaan Pulau Pinang supaya perkara ini dapat dibincangkan dengan baik dan secara berhemah,” katanya.
Chin Wen adalah Adun Bukit Tengah telah ditamatkan khidmatnya sebagai pengarah Penang Invest dan Island Golf Properties Bhd, sebuah anak syarikat Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang.

Sementara Adun Kebun Bunga, Kah Peng ditamatkan khidmatnya sebagai pengarah di Perbadanan Bukit Bendera.

Tahun lalu, lima Adun PKR termasuk Lee Khai Loon (Machang Bubuk); Dr T Jayabalan (Batu Uban) dan Dr Norlela Ariffin (Penanti) berkecuali sewaktu proses pengundian usul yang dibawa Adun BN, Muhamad Farid Saad berhubung isu tebus guna tanah seluas lebih 2,600 hektar berhampiran muara Sungai Pinang.

(SinarHarian)

Post a Comment

6 Comments

  1. HAHAHAHAHAHAHAAHAHHAHAHA

    GUAN ENG NI MANER BLEH PERCAYA!! NAK IKUT KEPALA DIA JER!!

    ReplyDelete
  2. Itu kerajaan punya hal la. Azmin..lu jaga lu punya negeri la. Jgn msk campur urusan negeri lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Woi ko ingat penang tu guan eng punya negeri ker. Dah kata pakatan, nak buang pun tanya la dulu!

      Delete
  3. You the best My LGE. tak kira warna kulit dan bangsa atau agama...tak ngam dan tak blh kerja..batter buang.
    Syabas LGE. I sokong you.

    ReplyDelete
  4. Pelik nih. Bukan ker PKR suka sayang kat DAP.

    hahahahahaha
    hahahahahahah
    ahahahahaha

    ReplyDelete