• Politik Terkini

    Monday, February 22, 2016

    Jazlan Cadangkan Blogger Wajib Berdaftar Dengan KKMM


    Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mencadangkan undang-undang digubal supaya penulis blog wajib mendaftar dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) sebagai usaha mengekang bahan penulisan berunsur fitnah dan tidak bertanggungjawab.

    Timbalan Menterinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata cadangan kepada KKMM itu bertujuan memastikan mutu bahan penulisan dalam laman blog atau pengguna laman sosial dibuat secara betul, sah, beretika serta tidak menyalahgunakan internet.

    Alang ko dah nak daftar blogger, baik ko suruh semua pemilik facebook, twitter dan segala media cetak tu register sekali. Kenapa hanya tuju pada blogger sedangkan viral banyak disebarkan melalui facebook, whapps. Kalau kerajaan tidak menyalah tadbir, kenapa perlu takut pada blogger. Bukan ker umno sendiri dah ada cybertrooper. Mereka belum layak lagi nak jawah tohmahan rakyat.

    Beliau berkata KDN hanya mengawal penerbitan akhbar melalui Akta Mesin Cetak tetapi ia tidak cukup untuk mengawal penulisan blog berunsur fitnah dan tidak beretika.
    "Jadi kita (KDN) hendak bantu kementerian berkaitan dalam usaha mereka menggubal undang-undang baharu bagi tujuan tersebut," 
    Beliau berkata banyak negara termasuk Singapura turut menguatkuasakan pendaftaran itu dan tidak menolak kemungkinan model yang diguna pakai di negara jiran terbabit dijadikan panduan dalam menggubal undang-undang baharu tersebut.

    (Malaysiakini)

    3 comments:

    1. Takut sgt penipuan tersebar.

      ReplyDelete
    2. apa motifnya dengan tak de faedahnya kalau mendaftar, kalau daftar dapat Duit Rm 2,616 okla.

      ReplyDelete