Kereta Proton Naik Lagi, Ahmad Maslan Tipu Lagi

Proton Holdings Bhd akan melaksanakan langkah yang melibatkan kenaikan harga semua kereta Proton, berkuat kuasa 15 Februari 2016. Langkah ini akan menyaksikan kenaikan sebanyak RM312 kepada maksimum RM2,021 bergantung kepada varian model, menurut Proton dalam kenyataan semalam.

Kenaikan itu sejajar dengan kesan kejatuhan ringgit berikutan kebanyakan bahan mentah dibeli dalam mata wang asing. Penyusutan ringgit telah memberi kesan kepada kos operasi syarikat dan keseluruhan rantaian eko-sistem, kata Proton.

Bagi mengurangkan impak yang memberi kesan kepada keuntungan Proton sejak Ogos 2015, syarikat telah berusaha dalam mengurangkan kos operasi dan melaksanakan rasionalisasi operasi, yang mana perlu.

Senarai penuh semakan semula harga itu akan dinyatakan di laman web Proton apabila harga baru berkuat kuasa.



Post a Comment

5 Comments

  1. Kejatuhan matawang punca segalanya. sparepart kena import. ahmad maslan apa dia tahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. apa nk kesah. Perodua kn ada. berlambak lagi brand lain ada.

    ReplyDelete
  3. Ko naiklah harga BLm tu sampai Rm 100,000 ribu pun aku tak kisah, Kereta naik ke tak, kualiti tahap sampah, tak de orang nak beli!

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete