Meizu Pro 5 Ubuntu Edition ! Awesome !

Pengeluar telefon pintar dari China, Meizu telah pun memperkenalkan telefon pintar berasaskan sistem operasi Ubuntu yang terkini, iaitu Ubuntu Pro 5 Ubuntu Edition.

Ubuntu Pro 5 Ubuntu Edition hadir lebih kurang sama seperti versi Android yang telah diperkenalkan pada tahun lepas, iaitu skrin 5.7-inci AMOLED, cip Samsung Exynos 7420, dan dilengkapi memori 3GB RAM atau 4GB RAM. Untuk rakaman gambar, ia hadir dengan kamera belakang 21-megapixel dan kamera hadapan 5-megapixel.

Dengan kuasa yang tinggi ini, semestinya ramai yang menantikan penawaran sokongan menggunakan peranti ini seumpama desktop – seperti pada tablet Ubuntu baru. Pihak Canonical mengatakan telefon pintar ini berkuasa untuk menjalankannya, tetapi ketiadaan sokongan MHL membuatkan ia tidak boleh dijalankan.

Harga jualan untuk Meizu Pro 5 Ubuntu Edition masih tidak diketahui lagi, dan ia juga tidak diketahui sama ada kali ini Meizu akan memasarkannya dengan lebih meluas ataupun tidak. Meizu Pro 5 versi Android sendiri masih tidak memasuki pasaran Malaysia secara rasminya buat masa ini. Boleh dikatakan kemungkinan versi Ubuntu ini hadir ke pasaran Malaysia adalah amat tipis.


(Amanz,OMGUbuntu)

Post a Comment

3 Comments

  1. android tetap dihati. store ubuntu byk ker support apps.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete