• Politik Terkini

    Thursday, February 18, 2016

    Rintihan Sedih Bangladeshi, Menteri Wajib Hadam Faham !

    Kawasan Masjid Jamek dan sekitarnya mendapat jolokan pelbagai nama, ekoran warga asing yang bertumpu di sana.

    Setiap kali musim perayaan, mereka menjadi bahan berita dengan tajuk seperti ‘KL ditawan warga asing’, apabila warga tempatan pulang ke kampung.

    Kali ini, mereka kembali menjadi perhatian, pada banyak masa momokan, apabila kerajaan bercadang membawa masuk 1.5 juta lagi warga Bangladesh untuk bekerja di sini.

    Kisah Pertama : 
    Sanwar, 34 tahun, menyatakan kesedihannya apabila terpaksa berhadapan dengan penghinaan sedemikian.
    “Memang saya rasa sedih tapi nak buat macam mana. Saya datang sini untuk bekerja. Setiap bangsa ada baik ada jahat, kalau ada (warga Bangladesh) yang buat jahat itu dosa mereka sendiri, bukan semua,” katanya yang bekerja di stesen minyak di Salak Selatan. Katanya lagi, beliau berhadapan kesukaran ketika mula-mula tiba di sini, namun keadaan bertambah baik selepas setahun bekerja dan boleh menggunakan Bahasa Malaysia."

    Kisah Kedua : 

    Jaheed, 29 tahun, yang bekerja di sebuah kedai di Masjid India juga menyuarakan sentimen yang sama.
    “Satu orang satu mentaliti. Setiap orang Bangladesh di sini ada fikiran lain-lain,” katanya yang lebih selesa berbual dalam Bahasa Inggeris. Menurutnya lagi, beliau gembira selama empat tahun di sini kerana dapat bergaul dengan warga tempatan dengan baik. Kawan Malaysia saya lebih ramai (berbanding warga Bangladesh), tempat kerja saya ramai Melayu. Pada saya, kami tiada beza kerana sama-sama Muslim.”
    Sementara itu, Bilal Syeikh yang berusia 50-an mempersoalkan pengitlakan (generalization) sesetengah pihak yang mengaitkan warga asing dengan jenayah.

    Menyifatkan mereka sebagai berfikiran sempit, beliau yang bekerja di sektor pembinaan itu berkata,
    “Kalau ada seorang Malaysia rompak saya, saya tak akan anggap semua orang Malaysia jahat.”
    (FMT)

    6 comments:

    1. Tunggu zahid komedi bg kenyataan lepas ni. Takpun anak dia.

      ReplyDelete
    2. Ada tak tabung bantuan bangladesh kt malaysia?

      ReplyDelete
    3. diorang ni lagi bagus, duduk sini sekejap dah fasih cakap BM, ni ada yg duduk sini sejak merdeka pun masih tak tahu cakap BM dgn lancar...lagipun mereka ni meramai umat Islam drp ambil impot vietnam...

      ReplyDelete
      Replies
      1. ada baik dgn buruk. dah melayu malas kerja. bagi bangla jer la.

        Delete
    4. This comment has been removed by a blog administrator.

      ReplyDelete
    5. This comment has been removed by a blog administrator.

      ReplyDelete