• Politik Terkini

    Wednesday, February 24, 2016

    Tabung Haji Rugi Melabur Dalam Syarikat Roti


    Dalam apa yang dijanjikannya sebagai siri membongkar pelabuuran Tabung Haji yang rugi besar, hari ini, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli mendakwa bahawa dana haji itu kehilangan berjuta-juta ringgit akibat pelaburannya dalam sebuah syarikat membuat roti pada 2007.

    Bercakap pada sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, Rafizi mempersoalkan apa yang disifatkannya sebagai keputusan salah oleh Tabung Haji untuk melabur dalam Kumpulan Silverbird, yang kini adalah sebahagian daripada konglomerat Hi-5.
    Dalam tempoh antara September dan Oktober 2007, Tabung Haji membeli saham syarikat itu secara agresif dengan pelaburan RM98 juta sehingga seunit saham syarikat itu naik daripada 39 sen menjadi RM1.09 pada 16 Okt, 2007, katanya.
    Menurut laporan tahunan syarikat berkenaan yang dibekalkan oleh Rafizi kepada media, Tabung Haji muncul sebagai pemegang saham terbesar pada 31 Okt, 2007, dengan memiliki lebih 90 juta saham atau 28.81 peratus kepentingan syarikat itu.
    Bagaimanapun, syarikat itu menghadapi masalah dan Tabung Haji telah mengalami kerugian terkumpul sebanyak RM44 juta sehingga 31 Okt, 2011, katanya.
    Rafizi berkata, Tabung Haji mengekalkan pegangannya sehingga pertengahan 2014 dan hanya menjualnya selepas syarikat itu tidak lagi diiktiraf oleh Bursa Malaysia sebagai syarikat patuhi syariah kerana hutang yang lebih tinggi daripada aset.
    Ini memberikan anda idea jika Tabung Haji melakukan usaha yang wajar, ia akan lebih berhati-hati kerana tindakan wajar akan mengelakkan kemungkinan itu.
    Namun, jelas sekali ini tidak dilakukan, katanya.
    (Malaysiakini)

    7 comments:

    1. Rugi pun pelik ker.. hahaha

      ReplyDelete
    2. kah kah kah kah

      Buat penat jer, Polis mana nak buat tindakan. SPRM mana nak buat serbuan.

      ReplyDelete
    3. pepatah Melayu memberi bunga kepada berok....memberi dana wang kepada yg tak arif, inilah padahnya...demi kelangsungan politik...

      ReplyDelete
    4. Rakyat malaysia dh biasa dgr berita2 mcm ni. Takde pelik lah. Yg pelik kalau untung gila2.

      ReplyDelete
    5. Yang labur dalam syarikat buat roti tu buat apa, bukan hari-hari orang makan roti. laburlah dalam syarikat buat minuman, paling tidak air mineral. Takkan itu pun, aku nak ajar niaga! adoihhh

      ReplyDelete
    6. This comment has been removed by a blog administrator.

      ReplyDelete
    7. This comment has been removed by a blog administrator.

      ReplyDelete