Nurul Izzah - Pembangkang Tidak Untung "Perletakan Jawatan Najib Razak"

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar percaya bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hanya produk sesuatu ‘sistem’.

Oleh itu, katanya, peletakan jawatan Najib hanya akan membuka jalan kepada lebih ramai pemimpin sepertinya untuk menggantikan beliau.
"Akan ada banyak lagi seperti dia - mungkin seorang graduan Oxford yang lebih bergaya - kerana sistem membenarkan seseorang sepertinya muncul," katanya semasa ditemu-bual oleh saluran radio perniagaan BFM 89.9.
"Bagi saya, saya minta maaf, saya tidak boleh membuta tuli menerima peletakan jawatan tetapi tidak tahu apa yang akan jadi selepas itu," katanya
Nrul Izzah berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada perletakan jawatan dengan imuniti adalah lebih baik daripada membiarkan Najib untuk terus berkuasa.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu, bagaimanapun, mempersoalkan apa yang akan tercapai dengan perletakan jawatan Najib.
"Katakan dia letakkan jawatan dan digantikan oleh timbalannya, apakah perubahan yang bakal berlaku?
"(Bekas ketua pembangkang) Anwar Ibrahim masih di penjara. Sebahagian besar daripada kita masih menghadapi tuduhan, mungkin (akan) disabitkan dan kehilangan kerusi kami.
"Kita perlu jelas; apa yang dimaksudkan dengan perubahan? Itulah sebabnya saya selalu berkata ia mesti ditambah dengan melaksanakan pembaharuan institusi, " katanya.

(Mkini)

Post a Comment

3 Comments

  1. Aku setuju dgn kata2 izzah. Kalau najib letak jawatan, zahid hamidi jadi PM. Ape pembangkang dpt. Gigit jari jerla..

    ReplyDelete
  2. Dah tahupun kalau Najib turun, gantinya masih umno, kenapa gelojoh sangat nak setuju dengan mainan Mahathir buat Deklarasi Rakyat? Tujuan Mahathir supaya Najib digantikan dengan pemimpin pilihannya yang sentiasa kowtow dengan kemahuannya, bukan nak runtuhkan tapi nak kuatkan umno!! Bila umno kuat semula boleh perintah dan buat perangai biasa sampai kiamat. Pemimpin2 pembangkang yang sama2 sokong rancangan Mahathir ari tu baru sedar dah dikencing oleh orang tua tu.lnilah jadinya bila gelojoh nak dapat political milage tapi mendedahkan sifat tak matang dan opportunist PH. Sekarang rakyat tahu PH sokong nak kuatkan umno bukan Pas sebagaimana mereka fitnah selama ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalahnya PAS sendiri pun ada time deklarasi mahathir tu. Tiada beza.

      Delete