Parti KORUP - Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN)


Adakah PAS ketandusan idea untuk membawa mekanisme islam dalam kepimpinan sampaikan terpaksa menubuh satu lagi blok parti yang menggunakan istilah "BANGSA" sebagai major utama. Aku tak nampak satu pergerakan besar yang mampu mengubah politik malaysia. Malah memberi BN lebih kuasa dan ruang untuk menang besar pada PRU14.

PAS menubuhkan blok pembangkang berteraskan BANGSA. Menunjukkan PAS berada diambang kejatuhan yang teruk. Terpaksa menggunakan istilah bangsa dalam perjuangan untuk "TAKTAU NAK BUAT APA". Sedangkan semua isu rakyat pada hari ini PAS lebih memilih berdiam diri dan menggunakan istilah "Tidak Boleh Jatuhkan Pemimpin ISLAM". WTFish.

Tidak mustahil PAS akan tewas dikelantan @ PAS tidak akan mendapat tempat dihati rakyat. Jika Deklarasi Mahathir berjaya menambat hati rakyat, Rakyat akan lebih memilih Pakatan Harapan sebagai pilihan untuk menjatuhkan BN.
PAS hari ini mengesahkan pembentukan "blok baru pembangkang" dengan mengadakan kerjasama dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN).
Perkara itu diumumkan di sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
Bercakap kepada media, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pertemuan hari ini "membuka ruang ke arah pembinaan kumpulan persefahaman" yang lebih tersusun.
Katanya, PAS membawa model politik matang, terbuka, bertanggungjawab, bersih dan sejahtera bersama parti-parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan yang ingin turut serta dengan idea berkenaan.
"Pendekatan ini juga menuntut kami supaya bergerak di atas teras penyelesaian dan politik membina, di samping menolak budaya politik oportunis, kasar dan perkauman sempit," katanya.
Di atas prinsip itulah, kata Takiyuddin, maka pada hari ini "bermulalah satu kerjasama politik di antara PAS dan IKATAN.
IKATAN adalah sebuah parti baru diketuai bekas menteri, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir yang ditubuhkan pada 2012 tetapi hanya didaftarkan pada 2015.
Sebelum itu Abdul Kadir yang pernah menjadi anggota Majlis Tertinggi Umno mengheret Pendaftar Pertubuhan (ROS) ke mahkamah.
Parti itu didakwa bertujuan untuk memperjuangkan idea perdana menteri pertama negara, Tunku Abdul Rahman Putra.
Terdahulu rancangan PAS mengadakan sidang media mengumumkan pakatan berkenaan tergendala apabila bekalan elektrik terputus kira-kira 10 minit.
Keadaan ruang sidang media yang tidak mencukupi berbanding jumlah wartawan juga memaksa sidang media berkenaan dipindahkan ke sebuah hotel berhampiran Ibu Pejabat PAS di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.
Sebelum ini Takiyuddin mengumumkan pembentukan “blok ketiga politik” yang diharap setanding dengan Pakatan Harapan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.
PAS bersama PKR dan DAP membentuk Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum ke-13 lalu namun kerjasama politik berkenaan berkubur apabila hubungan antara parti mengalami masalah.
Antara lain ia berpunca daripada krisis dalaman PAS sendiri apabila kumpulan konservatif dilihat melakukan 'pembersihan' terhadap golongan progresif parti itu.
Bekas pemimpin PAS yang tersingkir kemudian membentuk Parti Amanah Negara dan mengadakan kerjasama dengan PKR dan DAP bagi menghasilkan Pakatan Harapan.
(Malaysiakini)

Post a Comment

6 Comments

  1. Woi admin, ko baru nampak ker. Ker baru bangun tido

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. Pas-Íkatan singkatannya PASIK

    ReplyDelete
  3. Hahahahaaaa...admin bangang kena tipu sama tuang presideng...

    apa ada hal...tetap lah wala wahai admin bangang...PASIK dah kata hudud tak sesuai kat mesia...hahahahahaaaa...

    aku mau terus gelakkan walaunta bangang sekelian...hahahahahaha

    ReplyDelete
  4. Gang blogger Pan Imayam makin teruk melatah! Apasal? Borang keahlian Parti AhMoi Negara tak luak ker?

    ReplyDelete