• Politik Terkini

    Thursday, March 10, 2016

    Peluru Berpandu Baru Iran Mampu Gegarkan Israel !


    Perbadanan Pengawal Revolusi Iran (ICGC) melepaskan dua peluru berpandu dan berkata ia telah direka untuk mengenai sasaran ke Israel bagi tindak balas terhadap ancaman sekatan baru dari Amerika Syarikat (AS).

    Pelancaran diikut selepas beberapa ujian peluru berpandu  yang dilakukan semalam sebagai sebahagian daripada latihan ketenteraan utama bagi menunjukkan kuasa dan keupayaan untuk berhadapan dengan sebarang ancaman.
    "Kami mencipta peluru berpandu dengan jarak 2,000km adalah untuk membolehkan kami menyerang rejim Zionis dari jarak yang selamat,"  kata Brigadier Jeneral Ali Hajizadeh yang dipetik agensi berita ISNA.
    Pegawai Israel bagaimanapun tidak memberikan tindak balas segera kepada pelancaran tersebut.
    "Peluru berpandu yang dilancarkan pada hari ini adalah hasil sekatan. Sekatan membantu Iran membangunkan program peluru berpandu,"kata Timbalan komander IRGC Brigadier Jeneral Hossein Salami yang dipetik sebagai berkata oleh Fars.

    2 comments:

    1. Satu kejayaan. Bila kita nak dengar arab bangunkan senjata untuk serang israel. ada tak?

      ReplyDelete
    2. Terbaiklah IRAN. walaupun syiah, tapi memerangi yahudi lakhnatullah tu ada.

      ReplyDelete