• Politik Terkini

    Tuesday, March 15, 2016

    #SelamatMalamMalaysia - Message Terakhir Penutupan The Malaysian Insider


    "Selamat malam Malaysia"

    Itu mesej terakhir menerusi Twitter sebelum portal berita The Malaysian Insider melabuhkan tirai buat selama-lamanya. Portal The Malaysian Insider dimulakan pada 25 Februari 2008. Tepat tengah malam tadi, selepas 8 tahun dan kurang dari satu bulan beroperasi, portal itu telah ditutup.

    Ketua Pengarangnya, Jahabar Sadiq berkata, pemilik TMI – Edge Media Group – membuat keputusan menutup portal berita itu mulai tengah malam ini atas alasan perniagaan.

    Dalam kenyataannya hari ini, beliau mengucapkan terima kasih kepada pembaca yang terus setia bersama TMI walaupun disekat oleh kerajaan.
    “Saya berharap kami dapat memberi perkhidmatan terbaik sejak dilancarkan 25 Februari 2008 lalu,” katanya.
    (SK)

    4 comments:

    1. Tanda UMNO semakin NAZAK! Tapi pembangkang semakin berpecah. Mungkin rakyat malaysia perlukan TENTERA memerintah negara

      ReplyDelete
    2. Semua salah pembangkang. Sbb pembangkang berpecahlah rakyat tidak tahu kemana hala nak tuju. Kerajaan menjadi semakin KERA

      ReplyDelete
    3. Utusan jugak yg seronok

      ReplyDelete
    4. kesian, mungkin kerana kekurangan peruntukan, maka ia terpaksa ditutup, beginilah ekonomi sekarang.

      ReplyDelete