• Politik Terkini

    Wednesday, April 13, 2016

    Dakwaan Polis Lakukan Seks Oral Pada Tahanan Remaja 15 Tahun


    Seorang anggota polis lelaki di Lokap Berpusat Jinjang, Kuala Lumpur ditahan bagi membantu siasatan selepas didakwa melakukan seks oral terhadap seorang tahanan remaja 15 tahun pada Ahad lalu.

    Perkara ini disahkan oleh Ketua Polis KL Datuk Amar Singh Ishar Singh kepada Malaysiakini hari ini.

    “Anggota polis itu telah ditahan, masih dalam tahanan sekiranya penyiasatan telah habis kita akan bawa ke pejabat peguam dan kita sedia untuk ambil tindakan,” katanya kepada Malaysiakini.

    Suspek berumur 20-an hujung itu direman sehingga 15 April ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen377(c) Kanun Keseksaan berkaitan perbuatan luar tabii.

    Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

    Semalam MyWatch membuat dakwaan itu di Facebook.

    NGO pemantau jenayah itu mendakwa tahanan, yang juga seorang pelajar, membiarkan perlakuan itu kerana takut.

    Remaja itu kemudian difahamkan mengadukan perkara itu kepada pegawai penyiasat kesnya.

    Pengadu difahamkan ditahan pada 7 April dan disiasat bawah Seksyen 148 dan 324 kanun keseksaan, berkaitan penggunaan senjata dan pergaduhan.

    2 comments: