NASRUDIN HASSAN - Zakir Naik Hina Agama ?


Islam adalah agama fitrah yang kaya dengan hikmah dan toleransi. Islam tidak ekstrem dan apatah lagi menghina agama lain kerana ia adalah suatu sikap yang dilarang oleh Islam.

Dr Zakir Naik adalah seorang pendakwah antarabangsa yang sangat berpengaruh. Pendekatannya dalam perbandingan agama telah menarik perhatian pelbagai pihak khasnya dari kalangan non muslim.

Namun begitu, sangat keterlaluan jika pelbagai tuduhan, amaran dan kata nista dilemparkan kepada Dr Zakir Naik. Lebih malang apabila dalam sebuah negara yang kononnya mengamalkan demokrasi ini langsung tidak menghormati prinsip demokrasi.
Dr Zakir Naik hanya berhujah dan mengemukakan pandangan beliau mengenai keindahan Islam dan mengemukakan perbandingan agama. Kenapa tidak hujah dilawan dengan hujah?
Kenapa mesti hujah dihadapkan dengan caci nista sehingga menggelarnya syaitan dan sebagainya? Kenapa hujah mahu dihentikan dengan kuasa lalu menghalang dan mahu menghalau beliau dari terus berhujah?

Adakah Zakir Naik hina agama lain?

Berapa banyak kes penghinaan terhadap Islam berlaku dalam negara ini oleh pihak tertentu sama ada muslim yang jahil ataupun non muslim, tetapi mereka bebas atas nama kebebasan bersuara dan hak asasi manusia.

Saya mewakili PAS mempertegaskan bahawa kita tidak bersetuju malah menentang sebarang usaha penghinaan ke atas agama lain.

Namun persoalannya, apakah Dr Zakir Naik menghina agama lain? Jika benar, lampirkan bukti dan jika sabit kesalahan maka ambillah tindakan.
Saya sarankan penyerang - penyerang Dr Zakir Naik tidak melancarkan serangan jarak jauh. Samaada datang sendiri ke majlis Dr Zakir Naik lalu bertemu mata dan berhujah langsung dengan beliau atau bila - bila masa boleh memanggil Dr Zakir Naik untuk berhujah secara ilmiah sementara anda boleh berusaha untuk menafikan hujah yang dikemukakan oleh Dr Zakir Naik .
Kenapa tidak suburkan budaya diskusi dan hujjah ilmiah dalam ruang demokrasi negara ini?

Kenapa ada pengecut?

Bukankah ini yang diperjuangkan oleh anda semua? Kebebasan bersuara? Kebebasan memberi pendapat? Kebebasan berhujah? Kenapa hari ini anda bersifat pengecut sehingga menidakkan apa yang anda perjuangkan selama ini?

Anda harus berani berdepan dengan Dr Zakir Naik. Ia bukan pengganas malah ia tidak bersenjata. Beliau hanya datang ke Malaysia dengan membawa hujah, gigi dan lidah.

Buktikan Dr Zakir Naik bersalah dan menghina agama lain. Ada bukti, maka kami setuju ia diambil tindakan. Jika tiada bukti, kenapa anda resah?

Perbandingan agama hanya satu hujah untuk membezakan antara Islam dengan agama lain. Malah Al Quranul Karim sebagai kitab suci umat Islam banyak mengemukakan perbandingan Islam dengan agama lain bagi membuktikan Islam adalah agama yang diwahyukan oleh Allah swt Tuhan yang Mencipta manusia.

Apakah nantinya Al Quran juga tidak boleh dibaca dan diamalkan di Malaysia?

NASRUDIN HASSAN Ketua Penerangan PAS pusat.

Post a Comment

6 Comments

  1. mamat tantawi ni sembang boleh laa...

    ReplyDelete
  2. Aku nak tunggu pemimpin PKR jer keluarkan kenyataan

    ReplyDelete
  3. Kah kah kah ...... PAN kerja depa jilat jubo DAP je ........ bila DAP minta maaf depa puji tapi bila DAP keji Dr Zakir sebelum ni depa diam membisu mcm setan bisu !

    ReplyDelete
  4. Lobai hadi harap ke olamak sedonia tapi hampas dgn jamaah sendiri pakai hujah babi barua tolol kadam...

    ReplyDelete
  5. Aku ada soalan utk DZN. Apa pendapat Dr. jika ada orang menonton video dotdotdot yang pay per view tapi tak mahu bayar?

    ReplyDelete
  6. Ok la tu..betul apa yg Nasatuffin tu ckp.

    ReplyDelete