Pencerobohan Sabah - Hentikan Tolak Ansur Dengan Militan


Seorang ahli parlimen BN hari ini menggesa kerajaan mengisytiharkan perairan Pantai Timur Sabah sebagai zon keselamatan dan menembak mana-mana kapal dan bot yang mencerobohi perairan negara.

Datuk Jumat Idris (BN-Sepanggar) membuat gesaan itu berikutan penculikan Jumaat lalu di perairan Ligitan oleh sekumpulan lelaki bersenjata.
“Tutup sempadan perairan kita dengan Filipina dan kita istiharkan (kawasan itu) sebagai zon keselamatan supaya kita boleh tembak mana-mana kapal dan bot yang memasuki perairan kita.
“(Ini) sebagai satu jalan untuk musnahkan kes-kes penculikan ini daripada berterusan,” katanya semasa perbahasan tergempar penculikan di Sabah.
Beliau juga meminta kerajaan untuk menghantar kapal perang ke sempadan Filipina, seperti yang dilakukan oleh Indonesia untuk menyelamatkan 10 warganya yang diculik oleh kumpulan militan Abu Sayyaf.

Beliau berkata Indonesia telah menghantar lima kapal perang dan dua jet untuk misi menyelamat itu.
“Kita tak boleh lagi bertolak ansur dengan (kumpulan militan) Abu Sayyaf ini yang kita anggap sebagai pengganas.
“Sudah tiba masanya, kerajaan kerjasama pada peringkata antarabangsa dengan Filipina dan negara-negara lain untuk selesaikan kes seperti kes di Somalia,” katanya.
Jumat juga meminta kerajaan mengerahkan yang berada di Sepanggar dikerahkan ke sempadan perairan negara untuk menjaga keselamatan negara.

(MK)

Post a Comment

4 Comments

  1. Dah mcm perang la kalau letak kapal perang kat situ.

    ReplyDelete
  2. Dgn pembangkang boleh le buat mcm2!

    Berani ke bn buat gitu?

    bn memang pandai2 bab cakap.

    ReplyDelete
  3. Biarlah kerajaan selesaikan 1+1 ni

    ReplyDelete
  4. Masalahnya org yg pajak tak mau pulangkan tanah tu pada empunya nya.
    Kalau pajak buat cara pajak. Bukannya pulak ngaku tanah pajak tu tanah sendiri.
    Mmg busuk perut.

    ReplyDelete