Rafizi Ditangkap "Ala Gestapo"


Dalam satu kenyataan malam ini, PKR mengecam sekeras-kerasnya penangkapan ‘ala Gestapo’ Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.

Petang tadi, FMT melaporkan Rafizi diberkas sebaik keluar daripada kawasan Parlimen.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memaklumkan Rafizi ditahan dibawah Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi (OSA) kerana menyampaikan rahsia rasmi secara salah.

Menyifatkan penangkapan itu bermotif politik, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menegaskan Rafizi – yang terkenal dengan pendedahan pelbagai dakwaan salahlaku dan penyelewengan – sepatutnya dirai, bukannya ditangkap.
“Rafizi telah ditarik keluar dari kereta beliau oleh sekumpulan sepuluh orang anggota polis seolah-olah seorang penjenayah berat atau pembunuh yang cuba melarikan diri.
KEADILAN menentang penggunaan akta kuku besi ini untuk menakut-nakutkan dan mendiamkan musuh-musuh politik rejim UMNO-Barisan Nasional.

Parti itu percaya tangkapan Rafizi itu mengenai dokumen yang didedahkan di dalam sidang media beberapa hari lalu, yang berkaitan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) keatas 1MDB yang bakal dibentang di Parlimen Khamis ini.

Saksi kejadian, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Raja Kamarul Bahrin berkata beliau melihat sejumlah 15 anggota polis sedang menunggu untuk menangkap Setiausaha Agung PKR itu.

Rafizi diarah keluar dari kereta dan kemudiannya diiring masuk ke kereta polis berhampiran.
Merasionalkan tindakan wakil rakyat partinya, Wan Azizah berkata pemerintah sebenarnya tidak perlu memberkas Rafizi sebegitu rupa kerana dokumen rahsia itu akan dibentangkan juga di Parlimen nanti.
“Setelah laporan akhir itu dibentang di Parlimen, dokumen tersebut tidak akan lagi diklasifikasi di bawah Akta Rahsia Rasmi. Oleh itu, tindakan menangkap Rafizi dengan cara ini adalah keterlaluan.”
Terdahulu, Rafizi yang juga Setiausaha Agung PKR berkata beliau sanggup ke penjara untuk mendedahkan dokumen yang diklasifikasikan di bawah OSA, yang didakwanya mengaitkan 1MDB dengan Lembaga Tabung Amanah Tentera.

Semalam, LTAT dilaporkan telah mengambil tindakan undang-undang terhadap Rafizi berhubung dakwaan yang dilemparnya ke badan berkanun kerajaan itu.

Post a Comment

4 Comments

  1. Mereka akan kena pada KARMA mereka sendiri satu hari

    ReplyDelete
  2. ko ingat senang ker BN nk kalah. Tuh bangla duk masuk kat KLIA 2. Ada sapa2 amik port.

    ReplyDelete
  3. HUKUM KARMA, oh dalam dunia, oh kita raja, oh jangan lupa, oh jangan gila.

    ReplyDelete