Sebab Kenapa Khairy Jamaluddin (KJ) Dikutuk


Sebuah program pembangunan sukan berbasikal yang disempurnakan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menjadi bahan jenaka di laman sosial.

Program tersebut yang telah berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Serdang (MAEPS) pada 9 April lalu diadakan bagi mencungkil bakat dan mencari pelumba basikal yang bakal menggantikan atlet-atlet negara dalam sukan berkenaan.

Peserta program berkenaan terdiri daripada kalangan remaja dan gambar-gambar yang tersebar turut dikongsi di Facebook, Saya sayang Tun Dr Mahathir Mohamad.

Apa yang menarik perhatian netizen untuk berkongsikan gambar-gambar berkenaan ialah mengenai jumlah hadiah yang diberikan kepada pemenang dalam program itu.

Menerusi replika yang disampaikan oleh Khairy, JOHAN dalam program itu hanya menerima hadiah sebanyak RM30, manakala NAIB JOHAN RM20 dan tempat ketiga pula menerima wang tunai berjumlah RM10.

Seorang pengguna Facebook, Hana Che Na memberikan komen;
“Tua balance dari RM100 juta. Tu je la yg tinggal…Sian kat bebudak tu. Duit raya tok nenek dia bagi lagi bnyk dari tu, Tak malu ke jadi menteri KBS bagi hadiah bnyk tu. Berenti la jadi menteri. Rasa trhina sngat tau,” tulisnya.
Zouls Zul pula menulis;
“Mockup Check tu lagi mahal dari hadiah yg budak2 tu dapat. Memang jadam betul diorang ni, dia ingat ni zaman labu-labi ke budak2 tak tau nak pegang duit,” katanya.
Sementara Omar Rezza pula memberikan komen;
“Bagila RM200 ker..RM150..RM100…bukannya tak bersyukur, tp event rasmi kot…jgn nampak sgt kerajaan tak ada duit…,” tulisnya.

Post a Comment

5 Comments

  1. Mcm mana nak bagi banyak. Nuh hah pegawai kerajaan kat KBS tu mkn duit rakyat!

    ReplyDelete
  2. dia igt kasi duit raya kot hahahaa

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete