• Politik Terkini

    Thursday, April 14, 2016

    Sultan Johor - Idea Penubuhan BANK OF JOHOR


    Sultan Johor mencadangkan penubuhan sebuah bank sendiri Bank of Johor untuk memberikan perkhidmatan kepada rakyat negeri itu.
    "Bank ini akan memberikan perkhidmatan kewangan kepada rakyat Johor, bukan sahaja untuk tujuan pinjaman perumahan atau pembiayaan projek pembangunan, tapi juga untuk simpangan tabungan dan pelaburan," titah baginda.
    Baginda bertitah, kerajaan negeri dan syarikat berkaitannya dapat menjadi pemegang saham dalam bank itu.
    Katanya, Rizab tunai negeri ini mencecah RM3 bilion dan pendapatan syarikat berkaitan negeri pula sebanyak RM7.5 bilion.
    Baginda bertitah cadangan itu berikutan ramai rakyat masih tidak dapat memiliki kediaman kerana kegagalan mendapatkan pinjaman bank.

    Bagaimanapun, baginda memuji usaha kerajaan negeri dan persekutuan kerana terus komited dalam membina lebih banyak rumah mampu milik untuk golongan berpendapatan rendah.

    Baginda juga menyambut baik kerjasama Bank Rakyat kepada Yayasan Sultan Ibrahim untuk menyediakan pembiayaan pembelian rumah bagi membantu golongan berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri.
    “Urusan pendaftaran permohonan pinjaman ini akan dibuka tidak lama lagi dan pemilihan akan dibuat oleh satu jawatankuasa khas berdasarkan beberapa kriteria yang telah ditetapkan,” titah baginda.
    Kemudahan pembiayaan berjumlah RM500 juta itu diumumkan Pengerusi Bank Rakyat Tan Sri Abdul Aziz Zainal ketika pelancaran Model Menara Bank Rakyat Johor pada 23 Mac lepas.

    Ia membolehkan penjawat awam dan swasta yang layak di Johor mengemukakan deposit pembelian serendah RM1 bagi tempahan rumah kos rendah dan mampu milik.

    Pembiayaan juga dicadang untuk 6,000 unit rumah kos rendah dan mampu milik bagi memastikan golongan berpendapatan rendah dapat memiliki kediaman masing-masing.

    Terima kasih kepada kerajaan pusat

    Sultan Ibrahim turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan persekutuan yang terus membantu pembangunan ekonomi Johor sama ada dalam bentuk peruntukan kewangan atau penyediaan infrastruktur awam bagi menarik minat pelabur.

    Baginda bertitah hubungan baik antara kerajaan negeri dan persekutuan adalah pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi yang kukuh di Johor.

    Menurut Sultan Ibrahim, walaupun dalam keadaan ekonomi global mencabar kini, Johor masih berjaya mengekalkan rekod tiga tahun berturut-turut bagi nilai pelaburan diluluskan tertinggi di Malaysia dalam bidang pembuatan.

    “Bagi 2015, sebanyak RM31.1 bilion nilai pelaburan diluluskan dengan pecahan 90 peratus pelabur tempatan dan 10 peratus pelaburan asing.

    “Kerajaan negeri juga berjaya merekodkan lebihan hasil untuk tempoh lima tahun berturut-turut sejak pencapaian itu mula diperolehi pada 2011 dengan lebihan hasil terkumpul sehingga 2015 mencecah RM1 bilion,” titah Sultan Ibrahim selain percaya prestasi memberangsangkan itu didorong urus tadbir negeri dan kewangan yang cekap dan telus.

    (MK)

    5 comments:

    1. terbaiklah sultan johor

      ReplyDelete
    2. Pastikan bank tu tak jadi ceti Melayu

      ReplyDelete
    3. Selamat tinggal bank rakyat, (bank kedekut bagi pinjaman pun maksimum 63,000) lepas ni boleh aku buat loan kat Bank Of Johor.

      ReplyDelete
    4. Lepas ni bleh buat matawang sendiri. Ringgit Johor (RJ). RJ1.00 = RM1.06. Gambar Agung bleh ganti dengan gambar Sultan JOhor. Serial number start dengan J. J00000001. Sign gabenor tukar kepada sign Sultan Johor. Sah diperlakukan di negeri Johor & jajahan takluk Johor sahaja. Nanti kalau sultan baru, bleh kluar version baru. Letak gambar & sign sultan baru plak. Serial number bleh reset. Kalau x bleh buat jual beli pun, at least jadi duit peringatan. Untuk pengumpul duit. Koleksi untuk collector.

      ReplyDelete
      Replies
      1. Ape yg ko melalut ni

        Delete