Adakah Rakyat Sarawak Ambil Kisah Berkaitan Kerakyatan Ragad ?


Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto dari DAP hari ini mempersoalkan 'keistimewaan' yang diberikan kepada isteri kedua Gabenor Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud, Ragad Waleed Al-Kurdi oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Ragad yang berasal dari Syria dan berkahwin dengan Abdul Taib pada tahun 2010 mendapat taraf warganegara selepas enam tahun sahaja, dakwa Kasthuri.
"Sedangkan ramai lagi rakyat tetap Sarawak dan warga orang asli yang tidak mempunyai dokumen terpaksa menunggu berdekad lamanya untuk mendapat taraf tersebut.
"Kelulusan kepada Ragad dalam tempoh yang singkat menunjukkan seolah-olah ada tangan-tangan ghaib yang mempercepatkan proses tersebut," kata Kasthuri dalam kenyataan.
Ragad mencuri perhatian umum baru-baru ini selepas beliau membuang undi semasa pilihan raya negeri Sarawak awal bulan ini.

Abdul Taib diijabkabulkan dengan Ragad selepas kematian Puan Sri Laila Taib akibat kanser.

Sebelum Ragad, perkahwinan beliau dengan arwah Laila pada 1959 dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Jamilah, Mahmud Abu Bekir, Sulaiman Abdul Rahman dan Hanifah serta 15 cucu.

Mengulas lanjut, Kasthuri menambah, Ragad pastinya mempunyai MyKad berwarna biru untuk membolehkannya mengundi secara sah dalam pilihan raya di negara ini.
"Bagaimana Ragad yang mengahwini Abdul Taib pada 2010 boleh mendapat warganegara dan hak mengundi dalam masa enam tahun?.
Terdapat dua cara untuk Ragad menjadi warganegara, sama ada memohon sebagai isteri yang sah kepada rakyat Malaysia atau jika beliau memohon untuk itu selepas menjadi penduduk tetap, jelasnya.

Sebagai isteri Abdul Taib, beliau boleh memohon taraf warganegara di bawah Artikel 15 (1) atau menerusi kaedah peneutralan di bawah Artikel 19 Akta Imigresen.

Walau sebelum seseorang boleh didaftarkan sebagai warganegara di bawah Artikel 15 (1) sebagai isteri yang sah kepada rakyat negara ini, beliau perlu mendapatkan permit kemasukan daripada Jabatan Imigresen.

Ini memerlukan seseorang pemohon itu untuk berumur 21 tahun ke atas dan pemohon telah menetap dalam persekutuan untuk tempoh tidak kurang daripada 10 tahun dalam tempoh 12 tahun, termasuk 12 bulan segera sebelum tarikh permohonannya, katanya lagi.

(MK)

Post a Comment

1 Comments

  1. Rakyat sarawak tak kisah sbb mereka dpt highway free. Sbb tu syg BN

    ReplyDelete