• Politik Terkini

    Thursday, May 19, 2016

    "Atlantis Mesir" : Patung Dewa, Emas & Harta Karun

    Artifak yang ditemui di dasar bandar yang tenggelam dan digelar Atlantis Mesir dihimpunkan buat kali pertama selepas tenggelam lebih 1,000 tahun lalu. Patung bersaiz gergasi, barang kemas dan batu bersurat tertulis hiroglif yang sebelum ini dikhuatiri hilang buat selama-lamanya berjaya ditemui di dasar laut untuk dipamerkan secara besar-besaran oleh Muzium Britain.

    Harta karun ini milik bandar Heracleion serta Canopus yang dibina di delta Sungai Nil dan kini tertimbus di bawah lanar setinggi tiga meter. Teks zaman kuno merekodkan kewujudan dua penempatan itu yang pernah menjadi pintu masuk ke Mesir sebelum kebangkitan Iskandariah.

    Namun akhirnya lenyap sehingga ditemui semula pada 1996 dan sejak itu pelbagai usaha dilakukan untuk mendapatkan semula semua harta karun di situ. Antara koleksinya termasuk batu bersurat hiroglif setinggi 1.9 meter yang diukir deklarasi diraja oleh Firaun Nectanebo I dan patung setinggi 5.4 meter dewa Mesir, Hapy.

    Pameran dikenali sebagai Sunken Cities: Egypt’s Lost World bermula pada 9 Mei lalu hingga November ini. Ia turut menggabungkan artifak dari arkib muzium itu sendiri selain barangan dipinjamkan pihak berkuasa Mesir untuk melengkapkan pameran. Kira-kira 300 barangan dipamerkan, kebanyakannya ditemui di dalam runtuhan dua kota berkenaan.


    1 comment:

    1. Akhir zaman. allah keluarkan segalanya dari perut bumi untuk manusia berfikir tentang kekuasaannya.

      ReplyDelete