• Politik Terkini

    Tuesday, May 31, 2016

    Demi Susu Anak, Ibu Sanggup Dipenjara 4 Hari


    Gara-gara mencuri pelbagai jenis barang termasuk susu formula bayi di sebuah kompleks beli belah, ibu dua anak dihukum penjara empat hari oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

    Susu kanak-kanak kena GST, nak beli susu anak bukan murah ditambah pulak GST. Mau tertekan ibubapa. Sesetengah budak alergik susu, kena guna susu mahal. Mana nak cekau duit. Takkan kerajaan nak rakyat malaysia membesar dengan nutrisi tak cukup. Aku rasa GST untuk semua susu kanak-kanak dibawah 5 tahun perlu dimansuhkan! Atau setiap Majlis Agama Islam Negeri memperuntukkan susu khas untuk umat islam yang kesempitan wang untuk membeli susu anak.

    Majistret Mohd Rehan Mohd Aris menjatuhkan hukuman itu ke atas Norlelawati Ibrahim, 28, selepas dia mengaku bersalah mencuri 12 jenis barang bernilai RM462.96 termasuk dua susu formula bayi milik Aeon Mid Valley, di sini pada 10.15 malam, 28 Mei lepas.

    Mahkamah memerintahkan suri rumah itu menjalani hukuman itu dari tarikh dia ditangkap pada 28 Mei lepas.

    Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda dan bagi kesalahan kedua atau kemudian hendaklah dihukum dengan penjara dan boleh juga dikenakan denda atau sebat.

    Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Farith Muhammad Faizal memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal mengambil kira faktor kepentingan awam supaya dapat memberi pengajaran kepada tertuduh.

    Norlelawati yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan dia dan suami masing-masing tidak bekerja serta mempunyai dua anak berumur 10 tahun dan tiga tahun. (FMT)

    4 comments:

    1. Kesiannya. nak beli susu anak. terpaksa mencuri.

      SEBUAH NEGARA ISLAM!

      ReplyDelete
    2. Mana JKM, mana Pusat Zakat? Duit untuk orang miskin bawak ke mana? Memalukan. Orang Melayu ( Mana umno?) orang Islam (Mana Pusat Zakat???)

      ReplyDelete
      Replies
      1. Menjawab la mereka nanti.

        Delete
      2. XUMNO, jangan lupa berzakat untuk asnaf

        Delete