Gadis 15 Tahun Dirogol Gara-Gara Percayakan Kawan


Padah keluar rumah secara ‘bersembunyi’ tanpa pengetahuan keluarga, seorang pelajar perempuan tingkatan tiga berdepan mimpi ngeri apabila mendakwa dirogol bergilir-gilir oleh beberapa lelaki tidak dikenali di sebuah bilik asrama di institut kemahiran di sini, kelmarin.

Menurut sumber, sebelum kejadian, mangsa berusia 15 tahun itu dikatakan telah keluar dari rumahnya secara senyap kira-kira jam 3 pagi dengan dijemput seorang lelaki yang juga rakan kepada rakan perempuannya.

Kemudian, mangsa dibawa lelaki berkenaan berjumpa dengan rakan perempuannya itu di Pantai Batu Buruk, di sini, dan selepas puas berehat di taman rekreasi terbabit, mangsa dikatakan mengikut rakan perempuannya bersama dua lagi lelaki tidak dikenali menaiki sebuah kereta menuju ke sebuah bilik asrama di institut kemahiran berkenaan.
Mangsa yang mempercayai rakan perempuannya itu langsung tidak mencurigai tindak tanduk mereka membawanya ke lokasi kejadian sebelum terkejut apabila dipaksa dan dirogol beberapa lelaki tidak dikenali yang ada di dalam bilik asrama itu secara bergilir-gilir.
Jelas sumber, sebaik puas melepaskan nafsu, mangsa dihantar dua lelaki pulang ke rumahnya, namun semasa dalam perjalanan itu, kedua-dua lelaki berkenaan telah mengambil kesempatan sekali lagi dengan merogol mangsa di hadapan sebuah sekolah menengah di daerah ini, kira-kira jam 7 pagi, hari sama.

Mangsa yang kecewa diperlakukan sedemikian telah bertindak menceritakan kejadian hitam itu kepada ibunya sebelum mereka sekeluarga mengambil keputusan membuat laporan polis di Balai Polis daerah Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut.

Susulan laporan diterima, polis menahan lima lelaki berusia antara 18 tahun hingga 22 tahun di sebuah asrama lelaki di bandar raya di sini, kira-kira jam 1.10 pagi tadi (semalam) untuk siasatan,” katanya.

Sementara itu, Majistret Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat membenarkan kelima-lima suspek direman selama tujuh hari sehingga Ahad depan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Dalam masa sama, Timbalan Ketua Polis Kuala Terengganu, Superintendan Sufian Sulaiman mengesahkan ada menerima laporan kejadian dan tangkapan suspek. (SH)

4 Comments

  1. Kerajaan perlu memandang serius kes ni. Tindakan tegas perlu diambil. Kalau tak malaysia bakal jadi negara macam INDIA.

    ReplyDelete
  2. Hemmmm.. harap gadis ni tabah and lepas ni jangan tipu ibubapa

    ReplyDelete
  3. Lima vs satu, memang rabak, pasti 5 setan gondol ni, dihukum penjara 80 tahun dan 80 sebatan. Kalau tak, sampai bila pun jenayah RO and GOal ada!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masuk sat lagi kena rogol la pulak dlm tu.

      Delete
Previous Post Next Post