Kedah Tolak Tajaan RM30Juta D'Herbs


Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) menolak tajaan berjumlah RM30 juta untuk skuad Helang Merah daripada syarikat D'Herbs Holding (M) Sdn Bhd atas sebab tertentu.

Setiausaha Kehormat KFA Datuk Aminuddin Omar berkata, setakat ini pihaknya tidak boleh mendedahkan lebih lanjut berhubung perkara berkenaan.

Menurutnya, berdasarkan perbincangan terakhir pada 27 April lalu, Jawatankuasa Pengurusan KFA mengambil keputusan untuk tidak menerima tajaan syarikat kosmetik berkenaan.
"Kita sudah meneliti terma dan syarat berkenaan untuk tidak menerima dengan konklusif dan muktamad tajaan berkenaan.
"KFA mengucapkan terima kasih kepada D'Herbs atas kesudian untuk memberi tajaan berkenaan, selain berusaha mahu meningkatkan imej Helang Merah," katanya pada sidang media di Stadium Darul Aman, di sini, hari ini.
Bagaimanapun, katanya, pihaknya berharap akan dapat bekerjasama dengan syarikat berkenaan menerusi medium lain bagi mempertingkatkan imej pasukan negeri.

"Saya berharap kedua-dua pihak berkaitan tidak membuat komen lanjut berhubung isu (penolakan) tajaan," katanya. (HM)

Post a Comment

3 Comments

  1. Kaya bebeno kelab kedah. 30juta tajaan mcm tu jaaa dia tolak naaa

    ReplyDelete
  2. laaa...mungkin kedah dah nampak sesuatu kat pasukan pamoga qu puteh..jadi tak nak ulang benda yang sama..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tajaan 30juta tu. Mlm ni player kedah terus frust. Hahahaha

      Delete