• Politik Terkini

    Tuesday, May 10, 2016

    Rafizi - Saya Ada Bukti Najib Campur Tangan GLC


    Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli hari ini mendakwa beliau memiliki sepucuk surat yang membuktikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak campur tangan dalam urusan pentadbiran syarikat berkaitan kerajaan, Malaysia Building Society Berhad (MBSB).

    Dakwa Rafizi, campur tangan itu adalah arahan perdana menteri kepada MBSB untuk mengketepikan tindakan kebankrapan ke atas seorang ketua bahagian Umno.
    "Surat itu secara jelas menyatakan arahan agar MBSB menyelesaikan tuntutan pinjamannya terhadap pemimpin bahagian Umno itu di luar mahkamah," katanya.
    Pemimpin terbabit dikatakan adalah antara penyokong paling lantang Najib, kata Rafizi.

    Malaysiakini sedang mendapatkan maklum balas daripada mereka yang didakwa terbabit dan tidak mendedahkan nama mereka sementara menunggu jawapan.

    Rafizi, yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata, beliau telah melakukan semakan awal dan percaya bahawa surat yang diterimanya adalah tulen.
    "Saya mengingatkan Najib supaya berhenti campur tangan di dalam urusan mana-mana badan atau syarikat berkepentingan awam sama ada campur tangan itu secara langsung atau tidak langsung.
    "Beliau juga perlulah mengeluarkan arahan kepada anggota Jemaah Menteri supaya tidak mengeluarkan surat arahan seperti ini dan menghentikan segala campur tangan di dalam mana-mana badan atau syarikat berkepentingan awam," katanya dalam kenyataan, hari ini.
    MBSB merupakan salah sebuah anak syarikat Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) dengan pegangan saham sebanyak 65 peratus.

    Mengulas lanjut, Rafizi menambah, beliau kesal kerana seolah-olah Najib masih belum belajar dari skandal 1MDB yang telah menjejaskan nama baik dan kedudukan kewangan negara.
    “Paling dikesali adalah apabila perdana menteri boleh mengarahkan sebuah bank mengenepikan tindakan kebankrapan ke atas seorang ketua bahagian Umno pada ketika beribu-ribu rumah rakyat miskin disita dan dilelong setiap minggu sementara pemiliknya jatuh muflis hanya kerana gagal membayar beberapa ribu (ringgit)," katanya.
    (MK)

    3 comments:

    1. harap encik rafizi dapat dedah siapakah pemimpin umno bahagian tersebut...

      ReplyDelete
      Replies
      1. Nak dedah apenya. Dah tersebar pemimpin umno tu. Najib yg keluar arahan.

        Delete