• Politik Terkini

    Monday, May 30, 2016

    Ridhuan Tee Keluar MCA & Menyuruh MCA, GERAKAN, DAP Keluar Malaysia


    Pensyarah yang juga penceramah kontroversi Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mengumumkan keluar daripada MCA hari ini, mendakwa parti komponen BN yang mewakili kaum Cina itu sebagai anti Islam selepas ia terang-terangan membantah usul Rang Undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016.

    Ridhuan, seorang Cina Islam yang sebelum ini ahli seumur hidup MCA berkata parti itu bertindak rasis terhadap umat Islam apabila ia membantah RUU yang dibawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat, Khamis lalu, lapor Ismaweb hari ini.
    “Saya tidak mahu menanggung dosa berada di dalam parti yang menjadi musuh Islam. Dengan ini saya mengisytiharkan keluar daripada MCA. Dulu saya berhempas pulas mahu menyertai parti ini walaupun mengambil masa empat tahun untuk lulus atas tujuan dakwah dan tidak mahu dikatakan masuk Melayu. Tetapi, sangkaan saya meleset apabila parti ini sangat perkauman dan menjadi musuh Islam. Siapa memusuhi Islam, dia musuh saya juga,” 
    Ridhuan berkata beliau kesal dengan MCA kerana parti itu sepatutnya sudah memahami Islam dan cara hidup bangsa Melayu setelah Malaysia merdeka hampir 60 tahun.

    Beliau turut menggesa MCA dan Gerakan supaya keluar dari negara ini dan menubuhkan parti masing-masing di negara komunis.
    “Mereka bukan saja buat-buat tidak faham, malah menghina bangsa peribumi yang mahukan hak di bumi sendiri. Jika MCA dan Gerakan mahukan cara hidup yang lebih baik cari bumi sendiri. Hormat sikit peribumi di sini. Ini tanah mereka, mereka berhak mendapat apa yang sepatutnya menjadi hak mereka, sedangkan MCA, Gerakan, DAP dan yang lainnya tiada hak untuk campur tangan,”

    FMT 

    2 comments:

    1. Suka suka suka suka ko jer nk suh org kluar malaysia. baik ko suruh najib jer kluar malaysia.

      ReplyDelete
    2. Ahli seumur hidup tapi kenapa tak berusaha jadi presiden MCA?

      ReplyDelete