Siapa PAS Untuk Menolak DAP Memerintah Sarawak ?


Nampaknya PAS kembali kepada pemikiran nasionalism dalam menentukan pemimpin. Pemimpin berdasarkan bangsa cumanya nama islam sekali lagi dipergunakan. PAS menyatakan 4 kerusi yakin menang tapi PAS sendiri tidak komited dengan meletakkan kesemua DUN yang dipertandingkan di sarawak. So how PAS nak membela islam di sarawak.

Yang tu satu hal, hal lain pulak PAS seolah membisu dengan isu 1MDB, isu GST, isu kenaikan harga barang dan rasuah yang berleluasa dibawah kepimpinan BN. Jika DAP dan PKR serta orang bukan islam lebih bersungguh dan bersatu untuk menjatuhkan pemerintahan rasuah, siapa PAS dalam hal ni untuk menidakkan perkara yang termaktub dalam perlembagaan.

Itulah hakikat pemimpin islam pada hari ini. Gah berdiri bercakap didepan dengan title yang disangka digeruni. Hakikatnya pemimpin islam sendiri berpecah kepada 4 parti politik yang membingungkan umat islam itu sendiri memilih pemimpin.

Petikan Ucapan Presiden PAS :
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata partinya 'tidak menghalalkan' orang lain dan tidak setuju DAP memerintah Sarawak.
PAS, katanya, mahu pemerintah itu di kalangan orang Islam bumiputera.
Abdul Hadi berkata bangsa Cina dan India boleh menjadi rakyat namun ia perlu dipimpin oleh pemimpin beragama Islam.
“PAS mahu Sarawak diperintah oleh bumiputera, bukan kaum lain tapi bumiputera mesti perintah Sarawak dan PAS mahu ia bumiputera Islam.
“Kita tak menghalalkan orang lain, kita tidak setuju DAP perintah Sabah, Sarawak kita tidak setuju. Kita terima orang Cina, India jadi rakyat, kita layan adil semua tapi memerintah negeri mesti bumiputera,” katanya.
Hadi berkata demikian dalam ceramahnya yang di hadiri kira-kira 250 orang di Padang Hadapan Masjid Ikhwanul Muslimin, Taman Sukma, Kuching malam tadi.(MK)

Post a Comment

3 Comments

  1. Ape bleh buat, Presiden PAS pun taknak ditukar. Seolah dalam PAS ketandusan pemimpin baru.

    ReplyDelete
  2. PAS tolong promote BN la tu

    ReplyDelete
  3. Nak pelik apenya. Kan PAS nak jadi Ketua penasihat BN.

    ReplyDelete