• Politik Terkini

    Monday, May 30, 2016

    TMJ : PDRM, Aturkan Pertemuan Dengan Pengkritik Saya


    Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim meminta pihak polis agar tidak menahan para pengkritiknya.
    "Saya dengan rendah diri mencadangkan kepada PDRM agar tidak menangkap mana-mana individu yang telah membuat sebarang kenyataan yang menghina terhadap saya," kata Tunku Ismail dalam wawancara yang disiarkan dalam laman facebook Johor Southern Tigers, malam semalam.
    Tunku Ismail, yang merupakan pemilik kelab bola sepak Johor Darul Takzim berkata, beliau lebih suka jika pihak berkuasa dapat menganjurkan pertemuan antara beliau dengan individu-individu tersebut.
    "Berikan mereka peluang untuk menyuarakan apa yang mereka mahu katakan kepada saya secara berhadapan, dan bersemuka antara mereka dan saya sahaja. Terus terang saya cakap yang saya tidak peduli apa sahaja orang mengatakan kerana saya amat bersyukur dengan apa yang Allah Taala berikan kepada saya"
    Berkata berkata demikian sebagai mengulas laporan penahanan dua individu ekoran catatan di Facebook yang didakwa menghina Tunku Ismail.

    Yang pertama ialah peminat kelab bolasepak Pahang, Masyhur Abdullah, 29, yang didakwa memuat naik mesej berunsur menghina menggunakan Twitter atas nama @thekeluangman.

    Beliau ditahan di Kuala Lumpur pada Rabu dan dibawa ke Johor Bahru. (MK)

    1 comment: