Wan Azizah - PKR Tiada Masalah Bincang Calon PRK Bersama PAS


PKR tiada halangan mengadakan perbincangan dengan Pas berhubung calon untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, pihaknya tidak ada sebarang halangan sekiranya Pas hanya bersedia untuk berbincang dengan PKR sahaja serta tidak melibatkan parti lain dalam Pakatan Harapan dalam menentukan calon untuk bagi kedua-dua kerusi berkenaan.
"Kita boleh bincang..Tidak ada masalah... Perbincangan masih berjalan sebab dalam Selangor memang kerajaan negeri terdiri daripada Pas, PKR dan DAP," katanya ketika sidang media yang berlangsung di Ibu Pejabat PKR hari ini.
Dalam pada itu, Azizah memaklumkan bahawa Pakatan Harapan masih belum lagi memutuskan dengan muktamad sama ada ingin meletakkan calon bagi kedua-dua kerusi berkenaan.

Beliau berkata, Pakatan Harapan bukan sahaja bakal menghadapi PRK namun turut akan berdepan dengan seluruh jentera kerajaan selepas ini.
"Kita dalam Pakatan Harapan mempunyai mesyuarat masing-masing dan selepas itu kita akan berkumpul semula untuk berbincang,"katanya.
Kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar kini kosong setelah dua ahli Parlimennya iaitu Datuk Noriah Kasnon dan Datuk Mohammad Wan Khair-Il Anuar Wan Ahmad terlibat dalam nahas helikopter terhempas baru-baru ini.

(TranungKite)

Post a Comment

4 Comments

  1. Pening aku dgn pembangkang ni. Tak bleh ker mereka buat satu jer parti induk. SENANG!

    ReplyDelete
  2. HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA

    kalau mcm ni la pembangkang. PRU14 BN menang besar !

    ReplyDelete
  3. Bosan betul tak pasal-pasal kena berkampung sebulan kat kuala kangsar, Mahu habis Rm10,000 ribu. boleh claim tak boss!

    ReplyDelete