• Politik Terkini

    Monday, June 20, 2016

    35 Mati - Banjir Besar & Tanah Runtuh Di Jawa Tengah


    Tiga puluh lima orang terbunuh dan lebih 20 lagi hilang apabila banjir kilat dan tanah runtuh menimbus penduduk di rumah mereka di Jawa Tengah.

    Hujan lebat sejak kelmarin menyebabkan banjir besar di seluruh Jawa Tengah dengan ribuan rumah tenggelam, kata jurucakap agensi bencana, Sutopo Purwo Nugroho.
    “Data awal menunjukkan, kesan banjir dan tanah runtuh di Jawa Tengah menyebabkan 35 mati dengan 26 masih hilang,” kata Sutopo dalam satu kenyataan.
    Rakaman video yang disiarkan stesen televisyen tempatan menunjukkan penduduk duduk di atas bumbung rumah untuk mengelak air yang naik tiba-tiba.

    Kawasan yang sering dilanda tanah runtuh di wilayah yang berpenduduk padat itu adalah yang paling teruk terjejas dengan kenderaan dihanyut oleh air dari jalan raya dan puluhan rumah roboh akibat tanah runtuh dan arus deras.

    1 comment:

    1. al fatihah bg mereka yg beragama islam

      ReplyDelete