" Jangan Kecewa, Itu Kehendak Allah " Kata Haji Hadi

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggesa penyokong PAS untuk tidak berputus asa berikutan kekalahan parti itu pada dua pilihanraya kecil di Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada Sabtu lalu.

Katanya, walaupun Allah berkuasa dan boleh memenangkan perjuangan Islam yang sebenar dalam sekelip mata tetapi fitrah itu sangat memakan masa dan melibatkan pengorbanan harta dan jiwa raga.

"Kerana Allah mahukan kemenangan daripada hambanya yang mempunyai niat yang sangat murni, sehinggalah murni juga pengisiannya selepas kemenangan itu," katanya dalam satu kenyataan yang diterbitkan oleh Sinar Harian.


Menurutnya, Nabi Muhammad SAW juga ada memberi amaran kepada pengikutnya bahawa jalan menegakkan Islam akan dikecewakan oleh tentangan yang paling kejam daripada pihak lawan.

"Apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW, kalangan yang mewarisinya dalam menegakkan Islam akan dikecewakan merupakan dalil kenabian yang benar-benar berlaku selepas wafatnya Baginda dan menjadikan kita lebih yakin kepada perjuangan ini," katanya.

Beliau juga memetik ayat al-Quran yang menghuraikan perjuangan nabi Nuh AS yang hanya mampu untuk meyakinkan kurang daripada 100 orang menaiki bahteranya sebelum banjir besar.

Para nabi Musa (Moses) dan Harun (Aaron) juga bergelut untuk menegakkan kata-kata Allah melalui Taurat dan meninggal dunia sebelum mereka boleh menyaksikan nabi Daud (David) mengetuai negara pengikut, katanya.

"Ada pun Nabi Musa AS dan Nabi Harun AS pula wafat dalam perjalanan ke bumi yang dijanjikan Allah dapat menegakkan ajaran Taurat, mereka wafat ketika dikecewakan oleh kaumnya yang tidak mahu berjihad, sehingga tidak sempat menyaksikan negara besar yang dipimpin oleh Nabi Daud AS dan Nabi Sulaiman AS setelah ia melalui beberapa abad lamanya.

"Allah membawa kisah-kisah umat terdahulu di dalam al-Quran yang menjadi petunjuk di sepanjang zaman, katanya.

BN mempertahankan Sungai Besar dengan majoriti 9,191 undi dan Kuala Kangsar dengan 6,969 undi.

Najib berkata, kemenangan itu adalah petanda dari tuhan bahawa beliau berada di landasan yang benar.

(MK)

Post a Comment

2 Comments

  1. Nak buat mcm mana. Dia ulama, serba serbi tahu. Kita hangguk jerla..

    ReplyDelete
  2. Penduduk Kampung PASJune 21, 2016 at 9:15 AM

    Kami menurut perintah

    ReplyDelete