Rafizi - Saya Cabar JPM Dedah Kos Sebenar Sewaan Jet Peribadi Rosmah Mansor


Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli hari ini mencabar Jabatan Perdana Menteri mendedahkan kos sewaan jet peribadi yang digunakan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ke Istanbul bulan lepas.

Rafizi berkata, ini adalah selepas kos sebanyak RM1.44 juta yang dianggarkan beliau dipertikaikan oleh pembantu Rosmah, Datuk Rizal Mansor.

Setiausaha Agung PKR itu berkata Rizal mendakwa jet itu disewa daripada Emirates Airlines pada "dry lease", dan Emirates hanya menyediakan perkhidmatan "air charter".

  • "Dry Lease" merujuk kepada sewa khas kapal terbang tanpa melibatkan kos bahan api manakala 
  • "air charter" merangkumi keseluruhan khidmat mewah yang datang dengan pesawat tersebut.

Oleh itu, Rafizi berkata, anggaran beliau bahawa RM60,000 kos pajakan sejam adalah tepat.
Penerbangan pergi balik dari Subang ke Istanbul yang diambil oleh Datin Seri Rosmah mengambil masa sekurang-kurangnya 24 jam – maka kos bagi penerbangan itu sahaja yang ditanggung rakyat adalah RM1.44 juta.
Jika yang dipertikaikan ialah jumlah jam penerbangan yang ditempah, maka Jabatan Perdana Menteri wajar berterus terang dan memberikan angka sebenar yang ditanggung oleh rakyat.

Saya khuatir sewaan secara “air charter” ini dibuat mengikut kadar bulanan tanpa mengira perjalanan sebenar, justeru anggaran saya bahawa ia boleh mencecah sehingga RM86 juta.

(MK)

Post a Comment

1 Comments