• Politik Terkini

    Monday, August 15, 2016

    1MDB - Swiss Menyiasat Bekas Ketua Abu Dhabi

    Seorang bekas pegawai kanan kewangan Abu Dhabi sedang disiasat oleh pihak berkuasa Switzerland kerana dakwaan terlibat dalam konspirasi antarabangsa menyelewengkan dana daripada 1MDB.

    Menurut Financial Times, bekas ketua International Petroleum Investment Company (IPIC) Khadem al-Qubaisi dituduh melakukan penipuan, pengubahan wang haram dan rasuah.

    Ini, kata akhbar itu adalah berdasarkan surat yang diperolehi mereka.

    Financial Times juga melaporkan bahawa penyiasat Switzerland juga sedang mencari orang bawahan Khadem dan dua bekas pegawai 1MDB.

    Siasatan Swiss itu diperhebatkan hanya beberapa minggu selepas Jabatan Kadilan (DOJ) Amerika memfailkan tindakan undang-undang bagi merampas aset yang diseleweng dari 1MDB berjumlah hampir AS$1 bilion.

    Khadem adalah salah individu yang dinamakan dalam tindakan undang-undang itu, yang memaparkan laporan terperinci bagaimana dana 1MDB dipesongkan.

    Financial Times berkata mereka tidak dapat menghubungi Khadem untuk ulasannya manakala peguamnya pula enggan mengulas.

    (MK)

    No comments:

    Post a Comment