• Politik Terkini

    Monday, September 26, 2016

    Apa Masalah Dengan RISDA ?


    Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mahu mendapatkan penjelasan lanjut Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) berkaitan hasrat mengeluarkan logo halal baharu.

    Ketua pengarahnya Tan Sri Othman Mustapha memberi amaran percanggahan dengan Akta Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) Perintah 2011.

    Menurut akta itu, hanya JAKIM, jabatan agama Islam negeri (JAIN) atau majlis agama Islam negeri (MAIN) sahaja merupakan pihak berkuasa berwibawa dalam mengeluarkan pengesahan halal.

    “Perkara ini adalah penting bagi mengelakkan semua pihak termasuk individu atau syarikat agar tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan sijil halal.

    “Sehubungan itu juga, Jakim akan mendapatkan penjelasan lanjut dari pihak RISDA berkaitan hasrat untuk mengeluarkan logo halal baharu tersebut,” katanya.

    Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (Ikiam) dengan kerjasama Risda semalam dilapor akan melancarkan logo halal baru khusus bagi produk keluaran Muslim, awal tahun depan.

    Pengerusi Risda Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata logo itu bertujuan mengesahkan produk berkenaan keluaran usahawan Muslim selepas memperoleh sijil halal Jakim.

    No comments:

    Post a Comment