#Barnacle - Pengunci Cermin Bagi Kereta Yang Suka Parking Merata-Rata


Meletakkan kenderaan secara membuta perut ialah perkara yang amat menjengkelkan. Sekiranya anda pernah ke Bangsar dan Tamn Tun Dr Ismail, tabiat pemandu yang meletakkan kenderaan seperti ianya milik mereka amat mudah dilihat. Paling menjengkelkan ialah sekiranya tempat letak kereta anda di kondo diambil alih oleh pelawat. Hukuman biasanya dilakukan dengan mengunci tayar hadapan kenderaan-kenderaan ini. The Barnacle ialah ciptaan baru yang lebih pintar, selamat dan pasti akan membuatkan pesalah mengamuk.

The Barnacle ialah penutup plastik yang diletakkan pada kaca hadapan kenderaan. Keseluruhan kaca hadapan akan tertutup mengakibatkan kenderaan tidak boleh dipandu. Sistem vakum dengan pendakap getah digunakan untuk melekapkan Barnacle pada permukaan kaca seperti teritip. Kerana ia diperbuat daripada plastik dan boleh dilipat, ia lebih mudah dibawa dengan jumlah yang banyak oleh penguasa tempat letak kereta.
Pengunci tayar besi yang digunakan sekarang bukan sahaja berat malahan sukar dibawa serta meletakkan penguasa di dalam situasi bahaya dilanggar pengguna jalan raya yang lain.
Untuk menyahkunci The Barnacle, pesalah perlu melakukan pembayaran secara SMS. Kod nyahkunci akan dihantar kepada peranti selepas bayaran diterima. Mereka kemudian perlu memulangkan semula Barnacle kepada penguasa. Sekiranya gagal, mereka akan menerima denda berganda. Ini ialah sebuah ciptaan yang pintar. Bukan sahaja mereka dihukum dengan denda tetapi harus memulangkan alat pengunci. Mereka pastinya berfikir dua kali untuk melakukan kesalahan yang sama di masa hadapan.

Amanz

Post a Comment

4 Comments

  1. Best ni... pasang benda ni kat kereta puak lebai kelarah. Sombong sangat.

    ReplyDelete
  2. tak juga pintar, sebab kalau kat kereta biasa ye, tapi kalau kena kat model tertentu macam AUDI, BMW dan ford Mustang, dia ada monitor kat tengah macam tv.Di mana pemandu boleh melihat pemandangan hadapan tanpa menggunakan cermin. Ianya boleh digunakan pada waktu malam dan siang. jadi Pemandu masih juga boleh lari dari bayar denda!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dahtu ko nk ke bawak kereta ada bendalah tu atas cermin. Terang2 dah tahu, jenis kaya tapi tak mampu bayar saman! Malu woi!

      Delete